Roman Buku Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada tahun 2017, adalah penjelmaan semula sebuah entiti perbukuan yang pernah memiliki nama Roman Buku. Tumpuan kami adalah prosa untuk pembaca dewasa: novel, cerita, esei, travelog dan biografi yang bernuansa moden dan literari, dengan penulis-penulis dari latar yang pelbagai.

Untuk menghantar manuskrip penilaian (45K minima), sila email ke manuskrip@romanbuku.com. Tiada syarat kecuali ia bagus dan menepati syarat-syarat Roman Buku. Sila teliti terlebih dahulu buku-buku yang kami terbitkan untuk memastikan anda menghantar kepada penerbit yang sesuai.

Untuk membeli buku-buku kami, anda boleh ke kedai-kedai buku tempatan di seluruh Malaysia, klik kedai roman di laman web ini, atau terus sahaja whatsapp/sms 017-2455448 kepada kami “saya mahu membeli (x naskah judul buku).”

ALOY PARADOKS
CEO


Playwrite, writer, books publisher, event creator, stage actor dan director. Mula aktif secara serius dalam art scene Malaysia sejak 2006.

Syairazi K
CFO


Pencinta wanita. Perenang. Bekas CEO Sang Freud Press.

SUFIAN ABAS
EIC


Membikin kerja amal kesusasteraan dan Fotografi di Laras 99. Penulis Kasut Biru Rubina, Matanya Teleskop, Hatinya Kapal dalam Botol Kaca dan Birokrasi Cakrawala. Penterjemah Drebar Bas yang Nak Jadi Tuhan (Etgar Keret) dan Sayap-sayap Patah (Kahlil Gibran)