Indie Rockstar Darling Malaysia
Wawancara dengan Ariana Couple

Circa 2008,filpen Kapal Kertas (arahan dan tulisan saya) ditayangkan di sebuah gig yang berlangsung di MCPA. Kapal Kertas merupakan gandingan lakonan saya dengan Hadi Jaafar (Vokalis Laila’s Lounge). Ia karya yang mempunyai sentimental value yang tinggi buat saya. Gig tu memang pecah. Panggung full-house. Barisan band yang perform memang dasyat. Ada Hujan, The Times, The Otherside Orchestra, Laila’s Lounge, Skudap Skudip, Sharp Shooters dan Couple. Selain Kapal Kertas ditayangkan, saya menyelit buka booth untuk jual cd Kapal Kertas.

Ternyata percaturan tu berhasil bila cd saya laku bagaikan pisang goreng panas. Ketika saya sedang berjualan selepas tayangan Kapal Kertas, saya nampak seorang gadis mengusung gitar menaiki tangga ke atas. Panggung acara terletak di bahagian paling atas bangunan MCPA. Dengan tshirt, jeans dan converse, mata saya tak lepas memandang dia. Tanpa sebarang calitan make-up dengan rambut lepas ke bahu, membuatkan hati saya tak keruan.

“Itulah Ariana Couple.”

Salah seorang adik perempuan yang bantu saya berjualan bisikkan ke telinga saya.

Saya tinggalkan booth dan naik menonton persembahan Couple. Dalam keramaian manusia, saya hanyut mendengar alunan petikan gitar dan lenggok gitarisnya di atas pentas. Saya tenggelam dengan aksi bersahaja dan senyuman manisnya. Comel sekali. Ada malaikat yang pandai bermain gitar rupanya di dunia maya yang penuh pancaroba ini.

Selepas persembahan Couple, saya turun kembali ke booth jualan. Selang beberapa minit selepas itu, malaikat tak bersayap itu melangkah turun dan hilang dalam kebisuan. Selepas acara itu saya menjadi peminatnya dari jauh. Di lubuk hati paling dalam, saya berharap satu hari yang indah Tuhan mempertemukan saya dengan dia, sekurang-kurangya untuk menjadi kawan.

Ternyata Tuhan mengasihi saya dan dunia ini sebenarnya adil. 2011 saya berlakon dibawah arahan Fasyali Fadzly bersama Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan dalam pementasan Teater Juta-Juta di Stor DBP. Ariana datang menonton. Selepas persembahan saya diperkenalkan dengan dia oleh Shawn Amer, penerbit Teater Juta-Juta. Kami bersalam, ambil gambar bersama dan dia memuji persembahan itu. Dia betul-betul terkesan dengan persembahan itu khususnya lakonan saya.

Selepas pertemuan itu, kami mula menjadi sahabat.

Dua orang yang saling adore bakat masing-masing. Saling memberi galakan dan sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan. Dia selalu menjadi pengkritik tegar dan pendengar yang ikhlas. Dan hingga hari ini kami kekal menjadi kawan baik. Kami boleh klik dengan cepat dan kekal bersahabat, kerana mempunyai level of understanding yang lebih kurang sama.

Penting untuk saya mendokumentasikan perjalanan muzik Ariana untuk ramai orang tahu dan generasi muda mengenalinya. Dia sudah bermain saat muzik Indie sedang meningkat naik dan masih ligat di atas pentas hingga ke hari ini. Ariana adalah khazanah seni muzik kita. Indie Rockstar Darling Malaysia.

Dan akan terpahat menjadi forever crush saya.


Ayah awak merupakan penyanyi Kumpulan Gitar Rancak (The Rhythm Boys) sekitar tahun 60-an, adakah dia merupakan pengaruh utama pembabitan Na dalam dunia seni muzik?

Ayah saya merupakan satu-satunya penyanyi Pop Yeh-Yeh yang berasal dari Terengganu. So, dia terkenal la. Orang kaitkan Adnan Othman ni macam Cliff Richard. Gaya rambut dia, style dia atas stage, sebab masa tu zaman kegilaan orang pada Cliff Richard. Selepas zaman Elvis Presley dan The Beatles semua tu. Nak kata dia pengaruh besar, tak juga. Tapi dia punca la kot. Memang ada dalam darah.

Boleh dikatakan the whole family terlibat dengan muzik dan seni. Maknanya masa saya lahir, rumah dah ada alat-alat muzik. Ada gitar, piano, organ, ada benda ketuk-ketuk. Cuma masa saya dibesarkan minat saya lebih cenderung kepada nyanyian. Suruh perform depan family atau sanak-saudara saya tak segan. Darjah 3 saya dah menyanyi kat padang sekolah sorang-sorang. Pertandingan kat sekolah pun saya adalah membolot piala-piala. (ketawa)

Serius eh? Menyanyi?

Ya! Saya nyanyi. Boleh nari semua. Saya pun tak sangka saya masa kecik macam tu. Sekarang macam dah segan sikitlah. Sampai saya darjah 6 kalau tak silap atau nak naik form 1, ayah suruh pick up satu instrumen untuk belajar. Dia mahu saya main piano, sebenarnya. Nak hantar saya masuk kelas piano. Saya ingat lagi masa tu saya dah start pegang-pegang gitar akustik kat rumah. Oh lupa nak cakap, family saya semua involved dengan muzik; maksudnya saya dibesarkan dengan abang saya yang main muzik metal. Bilik dia memang bising dengar Iron Maiden semua. Saya dah kenal gitar dari kecil lagi. Saya ada petik-petik dan kacau-kacau gitar sikit masa tu. Masa ayah saya suruh masuk kelas muzik, saya beritahu yang semua budak perempuan sekolah semua dah main piano, saya tak nak main piano.

So saya pick up gitar. Sebab gitar akustik takdelah susah sangat. Saya ingat lagi sebab masa tu influence dia apa yang saya main, apa yang saya practise dan cuba-cuba tu adalah pengaruh abang saya sebenarnya. Saya main lagu Metallica. First lagu saya belajar Enter Sandman kot. Masa tu pergi camping kakak-abang senior kagum,

“Woah! Boleh main Enter Sandman!”

Form 1 saya dah boleh main More Than Words (lagu popular kumpulan Extreme). Masa tu memang gempaklah. Adik saya pun besar macam tu juga, tapi dia pilih gendang. Maknanya kitaorang membesar dengan persekitaran muzik. Saya tak tahu kenapa ayah saya suruh belajar piano….

Lebih keperempuanan mungkin?

Haaa. Mungkin. Tapi bila saya cakap semua perempuan dah main, dia pun okay. Main gitarlah, kata dia.

Mak awak ada terlibat dengan muzik atau seni?

Kalau tak silap saya, sekejap je. Zaman ayah saya menyanyi. Zaman diorang dating, tak silap mak saya ada tulis-tulis lirik masa tu. Tapi tak secara serius. Yang paling besar darah seni tu bapa saya. Kakak saya boleh nyanyi, abang saya main gitar (masa study pernah main kelab di Switzerland), adik saya main gendang dan saya sendiri la.

Orite. Macam mana Na boleh terlibat dengan Couple?

Saya kena cerita back story sikit. Masa saya dah start pegang-pegang gitar form 1-form 2, saya banyak dijemput perform. Saya sekolah menengah kebangsaan Ulu Klang tau. Dekat situ saya kenal Baizura Kahar (pelakon siri TV Dunia Baru). Kita mula-mula bertegur sebab dua-dua pakai jam Beatles. Tak ada orang pakai jam Beatles kat sekolah tu. Bila dah kawan, baru saya tahu dia memang berbakat. Dia pegang gitar je, boleh cipta lagu. Masa form 2 ke form 3, saya dengan Zura banyak perform kat sekolah-sekolah. Nyanyi acapella. Kawan-kawan perempuan kawasan perumahan saya budak Ampang Girls. 5km saja dengan sekolah saya. Diorang kalau ada event, panggil saya main gitar untuk diorang. Sampai ramai orang ingat saya sekolah Ampang Girls.

Nak dijadikan cerita, Zura pindah Ampang Girls. Saya tak lepas sebab banyak jawatan masa form 4. Tapi kitaorang still rapat sebab selalu lepak Ampang, tuition sama, lepak sekali. Sampai habis SPM, saya dengan Zura dapat offer buat album. Cerita dia macam ni, kitaorang selalu lepak rumah Hanafi. Kumpulan Estrange. Ni kira childhood friend saya. Nafi ada semua alat muzik dalam bilik kat rumah dia. So kitaorang selalu lepak jamming sama. Kebetulan masa tu, Nafi tengah recording dengan band dia (sebelum Estranged). Producer yang record band Nafi tu suka sebab tengok kitaorang jamming. Keluarlah Fallen Angels, band saya dengan Zura. Ni memang just for fun sementara menunggu result SPM.

So lepas tu kitaorang sambung diploma. Berhenti sekejap main muzik dan tak tahu apa-apa tentang scene muzik atau Indie ni. Habis konvo diploma saya kerja Starbucks. Sebab tak dapat kerja (saya grad sains komputer, tapi susah nak dapat kerja) so saya kerja Starbucks. Almost setahun saya kerja Starbucks, randomly satu hari Hanafi contact saya cakap : Na, boleh tak datang rumah. Ada emergency. Saya tanya kenapa. Dia cakap, Oh my friend needs help. Urgent.

Nama dia Aidil.

Saya langsung tak tahu apa-apa band Couple atau siapa Aidil tu. Kelakar cerita ni. Lepas tu saya pun pergi rumah dia. Practise the whole album. Saya dok fikir, band apa ni? Band couple Top of the Pop. First ke second album dia. Hanafi kata gitaris dia nama Hana nak keluar band. Tapi diorang ada show. Jadi nak minta tolong main. Saya pun practise satu malam tu the whole album 10 lagu. Esok lusa tu saya pergi jamming dengan Aidil dekat Hartamas. Masa tu Ojoe Basist Couple dia tak dapat datang. Saya jamming dengan Aidil je. Dia nak tengok saya main. Last show Couple dengan Hana and Ehsan (drummer) kat Laundry, saya pergi tengok.

Masa tu barulah Aidil tahu Ehsan pun nak keluar. So tinggallah dia dengan Ojoe. Lepas tu dia panggil lagi saya jamming untuk audition drummer. Lepas tu ada beberapa kali jamming dengan diorang, sampailah diorang audition Shahrin. Ojoe kata Shahrin paling ngam dengan dia. Since that secara tak langsung saya terus diserap jadi part of Couple band. Saya ingat saya hanya dipanggil untuk tolong show emergency tu, tapi rupanya jadi pemain tetap terus. Itulah eksiden-nya saya join Couple. Sampai berpuluh-puluh show saya tertanya-tanya siapa sebenarnya Couple ni. Tak sampai sebulan saya join Couple, Aidil minta nombor pasport. Ada gig kat Singapore, ada interview MTV Asia bagai, lagilah saya terkejut. Siapa sebenarnya Couple ni?

Saya memang tak tahu pasal scene. Tak pergi Rock The World, tak pergi gig. Zaman sekolah saya pergi show R&B. Innuendo saya kenallah. Two Phat. Kalau saya boleh buat penghargaan, Hanafilah yang menghubungkan saya dengan Aidil dan membuka jalan.

Apa pendapat Na secara personal, kenapa Couple saat ini masih tidak tembus pasaran mainstream? Adakah atas sebab prinsip korang sendiri yang nak main chillex-chillex je atau memang belum diberi peluang? Mainstream dalam erti kata yang lebih mudah, Couple belum lagi jadi seperti Hujan atau Bunkface.

Selama 12 tahun dengan Couple, Aidil ni tak pernah buang bandmates. Melainkan ada yang pindah, kahwin, kerja atau pilihan peribadi. Prinsip dia yang saya tahu (mungkin tak keluar dari mulut Aidil) sepanjang bersama Couple selagi kita have fun atas stage bersama, selagi itulah kita bersama-sama. Duit, main kat mana (tepi jalan Chow Kit, stage besar AJL ke) itu bukanlah faktornya. Dia punk-rock la. Die gelar diri dia power-pop. Tapi dia punk rock. Redah je. Cd jual RM10 Faz. Awak rasa apa? Satu lagu singgit. Dia percaya kalau muzik tu bagus, ia akan tersebar. Kalau you bagus, orang akan cari you. Tak perlu cuba nak please orang.

Kalau ada apa-apa ketidakselesaan antara kitaorang, selalu boleh dibincang. Kalau ada yang tak boleh bagi komitmen, Aidil boleh pergi sorang. Semua orang respect benda tu. Kenapa tak tembus mainstream? Itu awak kena dengar album Pop Tak Masuk Radio. Album tu menjawab kepada semua persoalan fans, orang media atau kawan-kawan lagu korang best tapi kenapa korang tak keluar radio, kenapa tak masuk tv,.┬áKita bagi lagu kat radio announcer, kat media tapi kita tak tahu apa proses selepas tu. Kita dah buat bahagian kita. So kenapa kita tak macam band-band seperti Hujan dan Bunkface, mungkin sebab… (diam agak lama)

Tak komersil mungkin?

Ha. Mungkin. Fan base besar, tapi mungkin kerana certain people, melihat kami belum layak dan tak mencapai standard yang dimahukan. Kami ada keluar MHI, Selamat Pagi Malaysia, masuk tv program, interview radio; bukan Couple tak pernah keluar tv, cuma tak meletup macam band-band yang disebut tadi. Mungkin business wise atau commercial wise pihak sana tak nampak benda tu (dalam band kami). Diorang mungkin ada target sendiri. Tapi apa yang saya nak cakap, Couple dah buat part kitaorang. Sebabkan Aidil pemikiran dia punk rock.

Tapi, walau tak mainstream pergi show mana pun orang sing along. Tahun ni saya perhatikan crowd ramai muka-muka baru. Muda-muda. Dari mana diorang dengar lagu-lagu Couple, saya tak tahu.

Okay, saya tambah sikit soalan tadi sebab ia berkait. Boleh dikatakan Couple bukan main kat satu jenis gig saja. Event korporat, dinner, akustik, besar ke kecik, korang belasah je. Setiap minggu ada acara. Adakah itu tanda kejayaan? Jadi tak perlu masuk mainstream pun tak apa. Janji show ada. Saya pun pelik tengok. Poster event keluar je ada nama Couple. Ada je selalu kat mana-mana.

Dah boleh masuk Mastika! (ketawa) Pelik tapi benar! Saya rasa kalau awak tanya adakah itu benchmark kepada kejayaan Couple, saya jawab ya. Kita balik ke konsep Couple. Selagi kita have fun atas stage, selagi itulah kitaorang akan berada di sini. Selagi orang enjoy tengok dan dengar kitaorang, selagi itulah kitaorang akan teruskan. Couple pernah perform dapat RM50 je. Pergi mamak, minum, setel.

Kalau kita bercakap tentang perempuan yang bermain dalam kugiran, nama Na antara yang akan naik.

Ye ke? (ketawa)

Ya! Sebab antara yang paling lama, maknanya scene Indie sedang meningkat naik Na dah muncul bersama dengan Couple. So, macam mana Na bertahan? Sesetengah pemuzik terutamanya perempuan, ada kala rasa down atau depress, mudah merajuk dan decide nak berhenti. Apa sebenar resepi Na bertahan?

(Ketawa besar dan lama) Saya tak pernah fikir nak berhenti. Langsung tak pernah!

Tak pernah eh? Takkan awak tak pernah rasa give up atau rasa nak take a break sekejap?

Tak pernah! Tak tahulah…ermm mungkin, bukan mungkinlah. Saya pasti bermain muzik tak kira dengan Couple atau dengan mana-mana band, saya developed diri saya untuk menjadi happy tu penting. Memang kita ada banyak cabaran lain, keluarga, kerja. Itulah channel saya. Muzik ni saluran saya untuk hilangkan masalah. Dengan muzik saya travel, saya kenal orang. Tapi untuk berhenti tu, saya memang tak boleh jawablah. Orang tanya kalau kahwin berhenti ke tak, saya rasa tak. Kalau kena berhenti mungkin saya tak jadi kahwin kot. Saya berani cakaplah benda ni. Sebab saya rasa itu kebahagian mutlak yang Tuhan bagi untuk saya. Dia datang terus, tak dibuat-buat. Gig tu kecil ke, tepi jalan ke, kesusahan nak pergi ke, kesusahan nak balik ke, nak angkat barang ke, itu semua part of saya punya terapi. So, saya tak dapat nak terangkan bila saya akan berhenti, itu semua kuasa yang di Atas. Semua dia yang decide.

Jadi sepanjang Na main muzik, tak pernah langsung terdetik untuk berhenti?

Saya boleh resign dari kerja , tapi takkan resign main muzik!

Power. Na memang power!

Resepi untuk kekal bermain, jadi diri sendiri. Saya rasa kalau Tuhan minta saya stop main muzik, mungkin masa tu Dia akan bagi rasa tak best. Ini anugerah untuk saya. Saya sangat seronok main muzik. Cabaran tu memang ada, tapi saya ambil benda tu sebagai life experience. Saya tak rasa ada benda lain yang boleh buat saya fokus. Kerja-kerja lain saya buat mudah distracted, tapi bukan muzik. Hati saya sentiasa ada kat situ.

Pemuzik perempuan akan selalu menjadi tarikan lebih daripada ahli lelaki. Obviously. So bagaimana cara Na mengawal dan menangani peminat yang obses dan agresif sepanjang terlibat dalam scene muzik?

Saya terus-terang bagitau yang saya pemalu orangnya. Tapi saya punya extra berani bila saya perform. Semua tu atas stage saja. Tapi bila saya turun stage, saya Ariana je. Dan lagi satu saya ni susah nak makan puji. Memang kita perlu dipuji, saya tak nafikan. Saya bersyukur dari kecil saya bukan seorang yang gilakan pujian. Saya pun susah nak puji orang. Kalau benda tu pure bagus, kita perlu puji.

Couple ni banyak show, bukanlah ada unsur kekaguman sangat macam saya buat somersault atau turun pakai tali ke, saya rasa being myself on the stage tak perlu pujian melambung-lambung. Orang have fun, saya have fun, itu momen kita. Bila dah habis perform, kau kena respect aku as ariana saja. Saya rimas kalau orang terlalu puji atau taksub, “Oh gila Ariana tu, power dowh perform. Gempak gila.” Aduh saya tak boleh. Saya rasa macam eee gelilah. Macam bagus sangat. Sebab saya tahu saya betul-betul have fun ke tak. Atau pura-pura.

Memang ada cabaran atas stage, bukan semua smooth, tapi saya true dengan diri saya. Kalau saya tak selesa, awak boleh nampak saya tak selesa. Peminat pun kena behave. Kita ada space masing-masing. Jangan terlalu obses. Saya suka beringat, sebab tak elok rasanya nak bermegah-megah. Saya fikir faktor yang membantu personaliti dan sikap saya juga adalah bandmates saya. Diorang sentiasa cool dan stay humbled.

Apa pendapat Na tentang industri muzik sekarang? Lebih spesifik ialah perbezaan mainstream dengan indie?

Saya rasa scene Indie ni pasang surutnya sebab media, performer, peminat dan event organizer. Pasang surutnya sebab 4 faktor tu tak bekerjasama. Kita ada performer yang bagus, tapi media tak push. So selagi 4 faktor ni tak bersatu, ia akan habis kat situ. Event boleh berjalan, tapi habis kat situ. Kenapa satu masa dulu masa filem Kami keluar, tiba-tiba semua media cari Indie. Sebab apa? Sebab semua orang support each other. Filem tolong muzik, muzik tolong filem.

Slownya scene sebab samada kita tak percaya yang kita boleh buat sesama kita, ataupun apa yang kita kejarkan tu hanya media yang boleh bagi. Contohnya Couple ni tak pandang populariti tapi dia popular dengan sendirinya. Maka apa yang you choose sebenarnya. You nak masuk Mangga, you nak main Jom Heboh, you ikutlah laluan yang sepatutnya. Kalau performer yang tak kejar benda-benda tu, orang akan cari. So saya rasa scene ada okay tak okay sebab benda-benda tu.

Kalau kita bercakap tentang kualiti vs kuantiti macam mana? Tumbuhnya pelbagai band dan genre muzik scene Indie, sebagai orang lama dalam scene, apa yang Na nampak? Terutama perkembangannya?

Bila Hujan meletup, semua band nak jadi macam Hujan. Saya sampai sekarang tunggu ada tak band yang nak jadi macam Couple. Nak juga tengok. Kuantiti? Yes sentiasa berkembang, sentiasa ada yang nak main muzik, tapi apa perjuangan diorang tu. Orang selalu tanya kenapa bertahan? Apa resepi yang digunakan band tu untuk bertahan? Kena ada asas perjuangan. Nak popular ke, nak jual lagu ke, nak muzik didengar sampai bila-bila ke. Semuanya bergantung kepada asas yang kuat tentang apa yang sebenarnya nak diperjuangkan.

Pendapat Na tentang muzik mainstream kita pula? Adakah ia sendu ataupun masih jauh ke belakang, atau sudah maju? Dan bagaimana pula dengan industri yang mempopularkan mereka yang tak sepatutnya?

Saya start benci dan rasa bermasalah dengan industri muzik ni bila ada reality shows. Program-program contest yang tak ada nilai. Yang tidak menilai bakat dan hanya rupa. Jual tak jual. Betapa tak logiknya top 5 finalis program nyanyian, salah seorang tu yang tak boleh nyanyi langsung. Kau ada pengetua, latihan intensif setiap hari. Jangan bodohkan orang. Program-program macam ni yang merosakkan pandangan masyarakat, pandangan orang yang baru nak kenal dunia muzik.

Apa itu kualiti bakat? Dengan kemajuan teknologi dan sosial media, ia menjadi lebih teruk. Rosak. Saya tak benci mainstream, ia bagus. Cuma macam mana sesetengah orang manipulasi dan jadikan bisnes. Tulah benda yang tak ada orang berani nak fight lagi. Nak kena jadi jutawan baru nak fight benda tu? Mungkin? At the same time, pemuzik kat Malaysia ni taklah mewah. Masih ramai lagi yang struggle. Main juga show-show kecil. Kita faham yang memang semua demi passion, tapi banyak juga benda yang kita kena bayar untuk kelangsungan hidup. Tak cukup. Sebab tu mentaliti kita artis kena popular. Kena viral, baru kita boleh buat duit.

Yang saya kesal ialah orang industri tahu, dan saya kesian generasi baru yang nak follow dan minat untuk ambil tahu akan keliru. Popular je bagus. Tak popular duduk diam-diam kat situ. Benda ni masalah. Merosakkan. Pada saya bila kau fikir bisnes, kau akan tamak. Semuanya duit.

Na juga terlibat dalam band The Venopian Solitude (TVS). So macam mana Na membahagikan masa antara band Couple dan TVS? Bagaimana Na melihat perjuangan TVS?

(Gelak besar) Saya bertuah sebenarnya dapat main dengan dua band yang sangat berbeza konsepnya. TVS sangat teknikal, disiplin lain. Couple sangat tak teknikal dan disiplin pun lain. Maknanya komitmen lain. Couple terlalu banyak show kadang-kadang kitaorang tak jamming pun. Bandmates dah ada kemistri yang kuat. TVS ni lain. Semua orang akan risau dan semua nak practise. Concern lain atas stage. Konsep lain. Masing-masing sangat penting.

Dalam Couple semua orang penting juga tapi semua orang dengan gaya masing-masing. Kau buatlah apa-apa atas stage tu, asal jangan main salah. Kalau main tersalah pun okay je. Takde hal. Tapi dengan TVS ni kalau salah rasa sedih. Sebab semua orang bagi komitmen yang padu. Rasa ralat kalau main salah. Saya banyak kali nak cakap yang sangat bersyukur dapat main dengan TVS. Sama macam Couple, semuanya accidently. Saya pada mulanya menggantikan Anas untuk satu show saja. Tapi lepas tu Anas makin busy dengan komitmen dia, saya dipanggil untuk jamming lagi sampailah sekarang.

Taka (Takahara Suiko) saya tahu dia sangat serius dan dia tahu apa dia nak. Saya tak rasa saya pemain gitar yang menepati ciri-ciri band dia, sebab sangat teknikal. Walaupun saya pernah masuk kelas belajar gitar tapi saya dah tak ingat dah note semua. Saya develop main gitar by heart. Bolehlah bagi note tapi saya terkial-kial juga. Taka ni dia tahu apa dia nak. TVS ni memang Taka la. Dia tahu semuanya. Semua part dengan detail. Walaupun bermain dengan diorang dah bertahun juga, macam official juga walaupun segan nak mengaku. Saya sebenarnya masih ada rasa segan. Sebab saya bermain dengan musician yang hebat-hebat. Dalam TVS semuanya grad muzik.

Kecuali Taka. Dia memang gifted.

Saya melihat TVS ni satu bom yang menunggu masa untuk meletup. Dia tengah ticking. Macam awak pasang bom masa. Mungkin lebih besar dari apa yang kita ada sekarang ni. Tak terkejutlah. Kalau pun saya dikeluarkan dari band tu, saya dah amat-amat bersyukur. Saya boleh berbangga dengan diri saya, pernah bermain dengan TVS.

Okay, Na ada diploma dalam Food & Beverages dan pernah bekerja di Starbuck lepas habis belajar. Tapi kenapa Na akhirnya memilih kopi? Adakah cerita disebaliknya? Apakah kopi ada filosofi tertentu yang mendorong Na untuk setia bersamanya sampai hari ini?

Saya grad diploma, saya sepatutnya kerja ofis sebab ada diploma komputer sains. Tapi sebab zaman tu nasib budak-budak komputer sains ni susah nak dapat kerja, so waktu menunggu saya kerja sementara kat Starbucks. Masa tu banyak rezeki datang, antaranya dapat main dengan Couple.

Life saya sangat berbeza sebelum dan selepas main dengan Couple. Few months saya masuk Starbucks, saya murung sebab ini bukan kerja yang saya nak. Hati saya tak happy. Masa tu fasa memberontak. Tiba-tiba bila pegang balik gitar main dengan Couple, saya seronok nak bahagikan masa antara kerja dengan main muzik. Dari situ saya selesakan diri. Kerja kaw-kaw, lepas tu pergi show. Badan penat tapi pergi kerja happy. Benda tu buat saya matang. Buat saya pandai seimbangkan dua dunia. Kerja untuk menyara bil-bil harian, survival.

Bila saya dapat naik pangkat, lebih senang saya nak arrange waktu saya main muzik. Saya jadi seronok. Tapi lama-lama saya sedar saya lebih happy buat air dari buat kerja-kerja pengurusan. Saya mula faham yang saya taknak gaji besar atau pangkat, saya nak buat apa yang saya suka. Nak buat air, layan customer, bersihkan meja. Saya taknak bos tanya kenapa sales macam ni, kenapa macam tu.

Berapa tahun awak dengan Starbucks?

Lapan. Cuma saya tunggu tahun ke lapan sebab masa tu saya dah selected oleh company untuk khatamkan diploma F&B. Masa tu Berjaya yang tanggung semuanya. Saya let go semuanya walaupun mendapat kecaman dari rakan-rakan sebaya. Sebab semua orang kerja, makin lama nak gaji dan pangkat besar. Tapi saya let go. Saya perlu happy. Kita tak boleh dapat semua benda. Saya kena pilih. Sekarang saya kerja masih buat kopi dan boleh main muzik ikut jadual saya. Saya happy.

Saya rasa awak dah jawab tadi, tapi saya tanya lagi. Sampai bila awak nak main muzik? Adakah awak akan berhenti bila awak dah kahwin? Saya rasa awak dah dapat jawapannya, tapi saya nak awak kupas lagi.

(ketawa) Hmmm, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih, setakat ni saya masih bersyukur dengan bakat dan anugerah ni. Dengan masa, dengan sokongan dan segala persekitaran saya yang berjalan dengan baik, saya tak terfikir langsung untuk berhenti. Okaylah, sepatutnya saya kahwin masa umur saya 25, masa tu macam nak kena berhenti main muzik. Masa tu mungkin belum matang. Macam-macam saya fikir. Tapi Tuhan punya kuasa, saya tak jadi kahwin dengan dia. So bila saya nampak yang saya tak jadi kahwin dengan dia, saya tahu yang saya memang kena main muzik.

Baiklah. Mari kita sama-sama doakan bakal suami awak nanti menerima awak seadanya dan akan rocking together sampai bila-bila.

(ketawa berjemaah)

Adakah ia salah satu sebab awak single sampai sekarang? Mungkin?

Betul. Mungkin. Saya tak pernah nak letak pressure kat sesiapa yang nak dekat dengan saya. Saya rasa orang tu sendiri akan give up.

Tapi itu persepsi awak.

Tak. Betul. Ada yang nak try-try semua tu samada dia give up sebab lifestyle saya atau pun dia rasa family dia tak boleh terima. Ataupun dia sejenis yang memuja-muja saya atas pentas, tapi tak kenal pun saya sebenarnya. Saya jadi turn off dan tak percaya.

Nampaknya memang susahlah nak menyunting dan memuaskan hati ArianaOn7ni nampaknya.

Ariana ketawa.

Ada tak plan nak buka kedai kopi sendiri?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman, saya nak ada cafe kalau saya sendiri yang berjuang kat situ. Saya ada kat situ bukan sekadar atas nama pemilik. Saya suka kerja dengan orang bukan sebab saya suka jadi kuli tapi sebab saya efisyen. Saya reliable untuk kerja-kerja tu. Itu kekuatan saya. Tapi kalau saya jadi pemilik saja, mungkin ia tak menjadi.

Pendapat Na tentang etika pentas dan audience kita yang adakalanya tak sedar ruang dan tak hormat acara. Kadang-kadang tak semua benda performer boleh tegur, tapi kalau tak tegur naik lemak pula. Apa pendapat Na?

Etika ni sangat common sense sebenarnya. Kalau islamiknya kita panggil akhlak. Pandangan saya walaupun kita ada parents yang kurang ajar atau kasar, tak semestinya kita kena develope ke arah itu. Tapi betul tak semua lapis umur menyerap benda tu. Environment sekolah tu sendiri dah huru-hara. Ada banyak faktorlah. Tapi point paling besar ialah menjadi manusia. Mana-mana pun kena hormat orang. Kita tak boleh tiba-tiba langgar orang. Benda tu common sense.

Saya nak share, sebagai crowd kita patut tahu performer pun ada space dia. Walaupun dia milik audience masa dia perform, tak semestinya you boleh touch atau bagi dia tak selesa atas stage. Walaupun masuk berbayar.

Salah la bila letak fikiran, kau dah bayar dan boleh buat sesuka hati. Itu salah untuk semua aspek sekalipun. Bila kita dah seronok memang tak ingat semua benda tu, tapi berpada-padalah. Kita ni sekarang ramai generasi yang cepat sentap, tak boleh ditegur. Kenapa macam tu? Etika performer dengan crowd ni saya rasa kalau kita appreciate teknologi kita boleh tengok macam mana cara tengok konsert kat negara luar. Kenapa kat negara sendiri tak boleh nak practise that value? Kat negara luar anugerah ke konsert ke, jerit memang jerit tapi ada tak sampa naik atas stage, berdiri ambil gambar depan muka performer, tak ada. Unless yang memang terlepas tu satu dua yang psiko.

Bila kita nak buat sesuatu tu, kita fikir effect orang lain. Benda ni bukan show one to one untuk kau. Ni show untuk orang lain juga. Orang atas stage nak seronok, yang bawah pun sama. Tak kisahlah tengok teater ke, tengok wayang, tengok konsert sama je. Pada saya sebelum buat tu fikir kesannya. Saya faham, apabila datang dengan kumpulan memang kadang-kadang tak boleh control. Tapi bila kena tegur tu, terimalah.

Okay, adakah kita sebagai performer, kita sepatutnya kena tegur audience yang melampau batas. Mungkinlah awak rasa tak nak potong mood diorang, tapi ada tak awak rasa bertanggungjawab untuk menegur, atau diorang kena belajar sendiri?

Boleh bagitau. Aidil pernah tegur. Sebab kadang-kadang mic jatuh, pagar kena rempuh, jadi memang kena bagitau. Itu pun salah satu cara untuk educate audience kita secara tak langsung.

Macam mana pula dengan attitude? Kadang-kadang bila nama kita dah naik, orang kenal, kita ada perangai rockstar tu. Soundcheck lama, tak fikir performer lain, selfish, rasa dia dah paling best. Apa pendapat Na?

Ini semuanya komunikasi pre-event. Itu sangat penting. Couple memang punk rock, jalan je. Tak soundcheck pun takpe. Barang murah ke mahal ke main sahaja. Its not fair for me untuk samakan dengan band-band lain. Setiap band ada caranya. Pre-event tu sangat penting. Make sure semua benda clear sebelum event. Performer dan event organizer dah clear dan bersetuju dengan semua peraturan acara. Saya suka nak sarankan yang betapa profesionalnya orang luar belajar tentang teknikal atau benda production. Tunggu je bila kita nak sampai. Dia dah tahu kerja dia. Kenapa kat sini tak boleh practise benda tu?

Organizer memang kena tanya apa barang-barang nak guna. Kenapa bila sampai venue, orang lain dah tunggu kita? Kenapa orang lain boleh punctual? Kita ambil remeh benda tu. Kita tak respect each other. Kenapa orang-orang teknikal, soundman suka pandang performer tu kecil, kenapa band kena bawa soundman sendiri? Bukan ke sepatutnya stage dah provide crew? Maksudnya semua tak ada komunikasi sebelum acara. Organizer tolong buat homework lebih sikit. Orang yang kau panggil main, kau perlu tahu dan kenal.

Bila kau tak buat homework, performer tak dapat apa dia nak, kita akan blame each other sampai bila-bila. Kenapa soundman time orang perform kau nak usik sana sini. Kalau kau usik makin sedap, takpe. Kenapa kau tak lock masa soundcheck tadi. Haih! Kalau kita nak satu show tu berjaya, berkomunikasilah. Janji semua sebelum show. Sebelum naik stage. Untuk performer yang bajet rockstar, ini pun tentang common sense. Kalau show tu melibatkan banyak band, hormatlah. Jangan fikir tentang diri sendiri saja. Tak susah pun benda tu. Muzik atau apa genre seni sekalipun, ajar kita untuk jadi manusia.

So be kind.

Nasihat awak kepada generasi muda, atau mereka yang tengah nak in dalam scene, yang melihat Na sebagai idola dan inspirasi, apa nasihat awak untuk adik-adik ni?

First of all, jadi diri sendiri dulu. Tak payah tipu. Kalau tak suka Couple, tak payah datang gig atau pura-pura want to be in scene. Jadi diri sendiri ni dalam apa cabang sekalipun, akan beri kita kepuasan. Ketenangan yang kita tak berhutang dengan sesiapa. Kita buat untuk diri sendiri. Kedua, buat sebab passion. Keberanian akan datang perlahan-lahan, dan kita akan get used to it. Kita akan sedar yang benda tu perlu. Berpuluh tahun main pun confirm ada nervousnya. Kalau saya nak bagi nasihat, walaupun saya tak layak bagi pun. Percaya dengan diri sendiri dan percaya dengan apa yang awak buat.

Kalau orang kata tak sedap, bagus. Kalau orang dekat-dekat cakap, lagi bagus. Itu betullah. Tapi jangan give up. Boleh belajar lagi. Selagi itu yang kau nak buat, teruskan. Semua benda dalam life ni macam tu, bila benda tu susah, maknanya kita betul-betul nak.

Okay final question, ala-ala majalah Mangga. Apakah kriteria lelaki pilihan Na? Awak ni terlalu berahsia, kita tak tahu love life awak. Orang tertanya-tanya siapa pakwe awak.

(ketawa terbahak-bahak) Ni soalan siapa ni? Orang nak tahu ke awak nak tahu? Hmmm, saya selesa dengan orang yang tak try hard. Tak kiralah dia nak jadi lebih dari kawan ke atau nak sebagai kawan saja ke, first dia kena kawan dengan saya dulu. Macam mana saya ice break dengan orang, eventhough saya nak ice break dengan bandmates Couple atau TVS, saya kagum dengan diorang ni, diorang pulak kagum dengan saya. Tapi semua chill je.

Saya sangat selesa bila semua orang jadi diri sendiri. Saya lagi sekali bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang menjadi diri sendiri. Saya boleh rasa kalau orang tu fake dan tak jadi diri sendiri. Kalau untuk lelaki pilihan, level understanding dia kena sama dengan saya. Macam mana saya nak terima dia, dia kena terima saya. Dan saya cepat annoyed dengan orang yang buat benda yang saya tak buat kat dia. Kalau saya tak tanya macam-macam, kau janganlah tanya macam-macam. Please.

Ha! Tu dia. Awak ni dilihat sebagai selebriti macam tu, orang melihat awak atas stage. Orang-orang seni ni memang selalu orang salah tafsirkan sebagai orang yang susah untuk didekati. “Dia macam ni tau, dia ni mesti susah nak tackle. Taste tinggi.” Macam tu. Jadi orang memang akan try hard. Nak menunjukkan kesungguhan gitu. Dia akan cuba nak memahami life awak, nak faham awak dengan pelbagai cara. Dia sediakan peluru dan cuba tembak mana yang kot-kot kena. So okaylah saya buka soalan ni, at least orang tahu la lepas ni macam mana nak bersedia menawan hati awak.

Mungkin saya pelik sikit. Kalau awak nak kenal saya janganlah cakap pasal show saya. Atau beria-ia puji suka tengok saya perform. Saya willing to give the same. Maksudnya apa level yang kau bagi aku tu saya akan bagi yang sama. Kalau you buat i selesa dengan you, inshaallah you akan selesa dengan i. Saya tak suka kita baru nak kenal, lepastu sibuk nak tanya kerja kat mana la, apa la. Biar ia jadi natural. So ciri-ciri tadi kena tambah, dia kena seorang yang penyabar. Sekali jumpa memang takkan dapatlah semua. Bagi space. Space tu penting.

Susah juga ye. Jadi sudahkah anda telah bertemu dengan calon-calon itu?

Saya rasa saya cenderung ke arah orang yang lebih kurang saya. Lingkungan yang lebih kurang sama. Saya cepat rimas sebenarnya.

Mungkin awak tak suka orang yang clingy?

Ha. Ya. Sweet-sweet sangat pun saya tak minat. Jiwang susah sikitlah. Tak tahulah Faz. Kalau nak share kat sini, dalam umur saya sekarang ni saya dah tak ada masa nak bercinta macam zaman sekolah. Saya nak bercinta dengan orang yang worth it. Saya takde masa nak buat benda remeh. Saya appreciate benda yang berkualiti dan memberi makna.

Fazleena Hishamuddin

Penulis, penggiat teater dan pemilik ruang acara Markas KD. Buku terbaru FH, Tari Pasar Perempuan keluaran Roman Buku kini sudah boleh ditempah di laman web Roman atau terus daripada penulis sendiri melalui whatsapp 012-6619386

5 thoughts on “Indie Rockstar Darling Malaysia
Wawancara dengan Ariana Couple

  1. Amin says:

    Bacaan yang paling panjang untuk aku bulan ni. Aku tak pernah sangka band ni masih stick together lepas tengok lagu baru tak keluar dan update di YouTube takda. Maybe aku silap like page band kot.. Hahaha..

    Btw, still my faveret band, seriously.. Bought the keset and gig in 2010 rasanya.. Kuantan.. Hahaha..

    Maaariii.. Mencare mencaree.. mencari erti nya merdeka..
    Maaariii mencaree mencareeee mencari ertinya Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *