Cerita Tentang Kesedihan Seorang Pemuisi
oleh Ashikin M

Damansara|2017, Ditulis dengan alunan “Lelaki Teragung” Oleh Dayang Nurfaizah

I tak suka you bersedih; but I have to tell you this.

You write the most beautiful poems when you are hurting.” Bisiknya rapat ke telingaku sebelum memeluk tubuh. Dia menghadiahkan senyuman padaku sambil meninjau orang ramai yang berkeliaran di sekeliling kami. Malam itu, dia memilih kemeja dan seluar hitam yang dipadankan dengan loafers kelabu. Dia kelihatan segak seperti biasa, -seperti pertama kali sewaktu aku berjumpa dengannya di hadapan pentas puisi sebelum aku naik membuat persembahan.

Aku menyambut déjà vu; dan menyusun senyum membalas ketenangan yang ia hadirkan. Lembut aku mengurut dada yang masih sesak selepas teresak menangis di dalam kereta. Mataku masih kemerahan menahan sakit; dan ia membuat aku terkenang pergaduhan kecil dengan bapaku dalam perjalanan ke sebuah acara yang perlu dia rasmikan bertahun lepas.

Pendapat yang bercanggahan hanyalah perkara kecil tapi airmata yang mengalir menjadi semakin deras sewaktu aku memilih untuk berdiam diri. Dia memujuk aku dan memberitahu sebab sebab tindakannya sebelum aku diminta mengesat airmata sebelum dia dikerumun wartawan wartawan sebaik keluar dari kereta.

Jadi mungkin kerana itu, aku selalu memilih ruang seperti dalam kereta dan kamar mandi untuk menjadi tempat aku melampiaskan kesedihan dan kekecewaan. Di hadapan cermin, mudah aku melihat wajah sendiri dengan seribu perasaan yang sepatutnya aku biarkan berlalu begitu saja. Padaku airmata tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan tempatnya bukan di khalayak tak kira bagaimana perit pun perasaan yang berkocak dalam tubuh.

Padaku airmata tak boleh ditunjukkan kepada sesiapa dan tempatnya bukan di khalayak tak kira bagaimana perit pun perasaan yang berkocak dalam tubuh.

Are all writers like that? Or is it just the melancholic ones like you?” Dia menyambung lagi dalam nada bergurau dan dia mengusap rambutku. Dia terus mengarahkan jemarinya ke bahuku dan mengurutnya perlahan. Kemudian perlahan dia menarik tanganku dan mengajakku ke sudut kosong di bucu belakang ruang itu.

Aku menurut langkahnya dan cuba menyepikan langkah kasut tumit tinggiku dengan menjengket. Aku tak mahu yang lain terganggu penghayatan mereka terhadap persembahan pemuisi yang terkenal dengan buku bukunya yang terjual laris.

Are you still sad tentang perkara yang you mentioned in the car just now?” Dia menyandar ke dinding bucu dan memeluk tubuh sekali lagi. Dia memandang tepat ke dalam mataku untuk mencari cari jika ada sisa airmata yang akan aku gugurkan sekali lagi.

Aku memandang tepat pada wajahnya, kemudian ke sekelilingku kalau kalau ada yang sedar dan terdengar perbualan kami. Aku memandang tembus bahunya terus ke dinding putih yang bercorak batu bata di belakangnya untuk beberapa ketika sebelum mengangguk. Lantai menjadi tempat renungan aku seterusnya kerana aku khuatir aku akan mengalirkan air mata jika terus memandang dia.

I told you my mom passed away because of cancer right. And I told you I lost her when I was young, probably few years before your age now.

I still miss her every day and this is what I learned from her.”

Dia menarikku rapat dan memegang kedua tanganku yang kesejukan. Dia mengusapnya perlahan dan seperti selalu dia pasti tahu caranya mengatasi kesedihan yang lain. Dia seperti seorang penyembuh dan setiap kata kata yang dia beri selalu berisi kebaikan dan bukan perkara perkara buruk yang terjadi di sekelilingnya.

Mungkin itu sebab utama aku gemar berdamping dengannya. Aku perlukan kehadiran seperti dia dalam hidup kerana aku sering diuji rintangan demi rintangan yang selalu menenggelamkan aku dalam perasaan perasaan berat. Walau bagaimana remeh pun ia kelihatan di mata yang lain; dia tak pernah mengecilkan aku.

Padanya setiap satunya walau semudah atau serumit mana pun—tak boleh digantung tanpa penyelesaian.

She said;

We all have our priorities in life. Be it for our work, responsibilities and issues. Semua perlu diambil berat mengikut keperluan for each.

But love is different.

We can’t choose who to love more because once we feel that way towards some people; we just do.” Dia menunduk sambil cuba memandang wajahku. Dia selalu cuba meneka perasaanku dari kerutan dahi, atau dari cara aku mengetap bibir. Tabiat seperti itu sudah lama aku simpan, kerana sepanjang aku membesar—-aku diajar supaya lebih mendengar fikiran dari hati. Perasaan jarang memangkin peranan penting dalam sesuatu perkara. Fikiran perlu kuat dan ia adalah satu satunya perkara yang akhirnya akan membawa aku jauh kedepan.

Kali ini, aku mendongak dan membalas pandangannya. Aku mengelip mata perlahan, menahan airmata yang tiba tiba bergenang kembali. Jauh di sudut hati, aku tahu aku sudah melalui pelbagai perkara indah dalam hidup tapi hatiku terlalu tepu menerima selepas kesakitan demi kesakitan.

But in my life; people choose how they want to love me. I will never be deeply loved like how I love people around me.

No matter how hard I strive and no matter how hard I try to prove my worth, if I don’t give them what they want; I will always be crushed.” Aku meleraikan pegangannya dan mencari tisu dalam beg silangku. Sebelum airmata sempat tertitis, segera aku seka dan aku menarik nafas sedalam dalamnya. Aku teringin menyandar padanya tapi dalam khalayak ramai, aku hanya mampu membatu di hadapan dia.

What do they exactly want from you and why can’t you give it to them?” Dia bertanya padaku dan membetulkan kedudukannya berdiri. Dia meninjau ninjau pentas sekali lagi; risau jika sudah tiba masanya namaku dipanggil juruacara ke pentas.

They want love.” Aku membalas sambil mengeluarkan buku nota kecil yang aku tulis puisi puisi yang bakal aku persembahkan hari itu, Aku mengeronyok tisu dan memasukkannya ke dalam poket belakang jeans ku.

And you want love too. It’s the same thing.

So what is the problem between you and them?” Ujar dia lembut; cuba untuk memahami perkara yang memberatkan perasaan aku sekali lagi.

My kind of love is different with theirs—-I want to keep myself fully for myself and I want them to be happy and be at their best by supporting and loving what they do.

But for them, love is about owning me. Love is about me following what they want me to be. And love is about leaving me when I can’t give them the kind of love that they want.

It is fine to crush the strength and the hardwork that I give over the years just because they think I am not capable of loving the way they think is the right way to love.

It is a bit fucked up, isn’t it?”

Ashikin M

Penulis Si Romantik yang Sudah Mati (Roman Buku)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *