Erotomaria
Wawancara dengan Maria Isabella

Semalam, waktu saya menyiapkan wawancara ini, saya membikin secawan kopi Vietnam. Ia ada perkakasannya sendiri dan memakan masa, oleh yang demikian ia memberi kita ruang untuk menjadi kontemplatif, memikir tentang takdir dan manusia. Dengan latar lagu-lagu Search pra-Fenomena (sudahkah anda menemui kembali keindahan lagu-lagu lama itu?), hidup tiba-tiba menjadi cerah dan bersinar-sinar (saujana bintang berkelipan).

Maria Isabella adalah penulis bestseller Lejen Press, sudah menulis tiga buah buku, Jilid 1 & 2 Uqasha, Davika dan Uqasha versi Inggeris untuk pasaran antarabangsa. Uqasha adalah fenomena penulisan Malaysia, dengan lebih tujuh juta bacaan di Wattpad. Wawancara ini dibuat melalui emel, dan gambar diambil dari sesi fotoshoot yang lalu.


Apa yang mencetuskan minat penulisan saudari? Saudari ada latihan formal dalam bidang penulisan? 

Tidak, saya tak pernah menerima sebarang latihan formal dalam bidang penulisan kecuali apa yang belajar di sekolah. Minat menulis tu bercambah daripada minat bercerita sebenarnya. Sejak kecil, saya memang sangat suka bermain anak patung. Anak patung kertas, Barbie, yang lukis sendiri, yang minta abang dan mama lukiskan, semua saya pernah main, dan berbanding kanak-kanak perempuan lain yang bermain anak patung untuk play dress-up and make-up on the dolls, saya bermain anak patung untuk meluahkan imaginasi cerita yang selalu datang dalam kotak fikiran saya.

Siapa yang menjadi rujukan? Apakah ada satu-satu buku (atau dua, atau tiga) yang mempengaruhi gaya penulisan atau pandangan saudari dalam menulis?

Saya mula menulis dahulu sebelum menjadi seorang pembaca. Antara penulis kegemaran saya waktu sekolah ialah Danielle Steel. Banyak novelnya boleh didapati di perpustakaan sekolah saya. Memandangkan saya juga seorang pustakawan, memang banyak masa saya habiskan membaca di sana.

Jujur, saya tak baca novel Melayu waktu itu, sehinggalah ke tahun 2 universiti, kawan saya mencadangkan buku Kelabu tulisan Nadia Khan. And I fell in love with it, as it changed my whole perception towards Malay novels. Dari situ, saya cabar diri untuk menulis dalam bahasa Melayu.

Buku saudari bergenre romansa. Tetapi tulisan saudari tidak seperti kelaziman tulisan buku-buku genre itu: melewah dan mengulang-ulang. Bagaimana saudari membentuk tulisan khusus sebegitu?

Sewaktu membesar dari zaman sekolah rendah, lebih banyak buku yang saya tulis berbanding buku yang saya baca. Dan saya kira, gaya penulisan tu evolve sendiri dari satu buku ke satu buku sebelum saya mula rajin membaca novel-novel Inggeris sewaktu sekolah menengah. Apabila saya dikenalkan oleh rakan-rakan sebaya tentang novel-novel mainstream, saya cuba baca tapi selalu rasa kecewa sebab tak dapat kepuasan yang saya rasa kalau membaca novel cinta Inggeris. I suppose, when we don’t like something, we don’t wanna be like it. Agree?

Bagaimanakah saudari menulis? Apa yang jadi pemula? Plot? Baris ayat? Pembukaan novel? Kesedaran sosial? 

Plot, baris ayat, pembukaan novel, bagi saya itu secara teknikal. Yang menjadi penggerak untuk saya mula menulis sesuatu cerita, mungkin sebahagiannya ya, kesedaran sosial. Tapi jawapan yang lebih honest’ begini: Saya sangat memilih sewaktu mencari satu tema/inspirasi untuk novel saya. Tema/inspirasi tu datang macam satu kepingan puzzle dan selalunya kepingan puzzle tu biasa-biasa saja dan saya simpan tepi. Kecuali datang kepingan puzzle yang ada ‘spark’, demanding it to be put into place with corresponding pieces, kepingan puzzle yang ada ‘spark’ ni lah yang saya gunakan untuk mula menulis. Dari situ, saya akan kembangkan ia menjadi satu novel.

Tema/inspirasi tu datang macam satu kepingan puzzle dan selalunya kepingan puzzle tu biasa-biasa saja

Apa pendapat saudari tentang buku-buku dalam genre yang sama seperti buku saudari? Ada yang saudari suka? 

Genre romance atau erotica? Hahaha.

Kalau genre romance, kebanyakan buku yang saya baca adalah hasil tulisan Nicholas Spark dan Danielle Steel (sewaktu sekolah menengah). Kemudian, saya banyak membaca di Wattpad — yang kemudian menjadi pencetus untuk saya mula menulis di sana — dan buku Inggeris kesukaan saya adalah trilogi After oleh Anna Todd. Ia sebuah buku fanfiction/romance/erotica, dan ia juga antara buku yang ‘trigger’ saya untuk menulis dalam genre sedemikian.

Oh, selain itu, saya baca juga 50 Shades of Grey karya E. L. James. Hahaha. Saya suka buku-buku sebegini sebab penulisannya lebih ‘jujur’ dan tak ‘fake’.

Seksualiti dan hubungan antara manusia, adalah unsur yang menonjol dalam novel saudari. Saudari menerokanya dengan lebih mendalam berbanding penulis-penulis arus perdana lain. Apakah ia sekadar perencah untuk menyedapkan penulisan, atau ada tujuan khusus saudari memasukkan elemen-elemen itu?

Perencah untuk menyedapkan tulisan, itu tak dinafikan. Kenapa letak ayam saja dalam tomyam, sedangkan kita boleh masukkan udang, kepah dan sotong untuk menambah rasa? Hahaha.

Tapi jujur itu bukan sebabnya saya tonjolkan elemen itu dalam penulisan saya. Ya, seksualiti dan hubungan antara manusia ialah antara hal yang ‘taboo’ dibincangkan dalam kalangan masyarakat kita dan saya akui saya sendiri masih belum biasa, masih kekok juga apabila membaca novel sendiri. But that’s the whole point in my own personal milestone as a writer — it’s time for me to get out of my comfort zone.

Antara sebab lain saya mengetengahkan elemen ini adalah saya ‘jemu’ dengan kepura-puraan yang novel kita tampilkan. Seksualiti dan hubungan antara manusia itu adalah fitrah, so let’s be more realistic when you try to write about it. Kenapa nak ‘deny’ apa yang Tuhan dah anugerahkan pada kita, pada manusia? I try to embrace it, as a writer, hoping that more people can relate to the story; hence, learn something out of it.

Seksualiti dan hubungan antara manusia itu adalah fitrah, so let’s be more realistic when you try to write about it

I didn’t just include those sensitive things for fun; I want readers to look for the silver lining, and most importantly the moral of the story — how this ‘fitrah’ can make or break you as a person.

Apa reaksi pembaca?

Ramai yang okey, boleh terima, malah suka dengan kejujuran dan ketelusan novel saya. Realistik, kata mereka. Tapi haters gonna hate, kan? Dalam ramai-ramai yang suka, tetap ada juga yang tak suka. Tapi itu lumrah. Tak semua orang suka makan tomyam, kan?

Uqasha 1 & 2 telah diharamkan di Pesta Buku tahun lepas. Apakah ia sesuatu yang wajar? Apakah tindakan ini memberi kesan kepada saudari secara khusus, dan penulisan secara amnya? Apa pendapat saudari tentang penyaringan dalam seni? 

Untuk pengetahuan, Uqasha 1 & 2 tidak diharamkan oleh KDN sebenarnya, cuma penjualannya diharamkan di PBAKL 2016. Saya boleh terima bahawa penjualannya di sana diharamkan — because PBAKL is supposedly a family event so there are children around and my books are obviously not suitable for them — tapi saya sedikit terkilan apabila mendapat tahu Uqasha diharamkan penjualannya di sana kerana cover page hadapannya dituduh merangsang pengunjung. Like seriously? This kind of penyaringan dalam seni for me is utter bullshit. So apparently big, bouncy boobs in manga is okay but red, full lips is not okay?

Bullshit.

Tapi saya terima semuanya dengan hati terbuka. Uqasha hanyalah buku pertama yang saya cuba tulis secara serius, jadi saya tahu masih banyak yang perlu diperbaiki sebenarnya, and I’m open to that growth. Buku kedua saya, Davika, ditulis dengan lebih berhati-hati. Saya masih mencari satu garis panduan yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Dan saya akan terus bereksperimen sampai saya jumpa satu penulisan yang masih penulisan ‘jujur’ daripada saya, tapi lebih menghormati masyarakat (dan penyaringan seni) kita.

Davika dan Uqasha (Vol I & 2), kedua-duanya berasal dari Wattpad. Jadi, dari tulisan asal, hingga ia diterbitkan oleh Lejen, berapa banyak perubahan dibuat? Maksud saya dari segi editorial, dan dari segi censorship.

Untuk editorial Uqasha, ia dibuat oleh editor Lejen tahun lepas, dan daripada apa yang saya semak, ada sebahagian daripada kandungan matang yang dibuang atau dikurangkan secara ‘malas’. Apabila scene yang saya tulis untuk menyampaikan cerita itu dibuang begitu saja tanpa penambahbaikkan, the story becomes jagged, terputus-putus, tak smooth. Susulan kes pengharamannya di PBAKL tahun lepas, cetakan Uqasha sudah dihentikan.

Dan sebab itu jugalah Uqasha akan ditulis dan diadaptasi semula oleh saya, dan insya-Allah akan keluar hujung tahun ni.

Untuk Davika pula, saya gembira kerana saya terlibat sama untuk menyuntingnya. Berbekalkan apa yang saya pelajari selama setahun selepas penerbitan Uqasha, saya cuba aplikasikan untuk Davika. Sebagai editor kedua untuk Davika, saya tidak membuang secara total, sebaliknya saya cuba untuk tulis semula bahagian-bahagian sensitif dengan garis pandu yang saya rasa wajar. Berbanding Uqasha yang keseluruhan ceritanya sama di Wattpad, untuk Davika saya ada tambahkan bab bonus, khas untuk pembaca/penyokong yang membeli.

Uqasha adalah sebuah cerita realistik, manakala Davika boleh dikatakan sebagai sebuah fiksyen spekulatif (atau sci-fi) dengan unsur-unsur realistik. Kenapa berlaku perubahan drastik pada latar fiksyen saudari? Apa perlunya latar masa depan dalam Davika? Bagaimana pula dunia Davika dibentuk? Apakah saudari mempunyai satu kitab dasar untuk memeta dunia Davika (seperti Tolkien ketika membikin Lord of the Rings, misalnya?)

Just for fun! Saya suka bereksperimen, dan Davika adalah satu bentuk eksperimen dalam penulisan saya. Who knows what kind of experiment that I would come out with in the future, right?

Anyway, latar masa depan dalam Davika adalah sebegitu sebab saya nak cuba cipta satu dunia yang baru, yang berbeza, yang boleh ‘conform to my theme of the story’ — that is revealed subtly in the beginning, but finally takes it plunge at the end. Tiada kitab dasar pun untuk memeta dunia Davika sebab saya tak perlukan ‘peta secara menyeluruh’ sebegitu untuk menyampaikan cerita Davika , tapi pengenalan dunia itu sekadar cukup untuk menggerakkan cerita. Sebab saya bukan menulis cerita sci-fi/fantasi, jadi peta dunia Davika tak perlu begitu kompleks.

Bagaimana penerimaan pembaca pada perubahan latar dari Uqasha kepada Davika?

Tiada masalah pun. Buat mereka yang membaca Uqasha, mereka menghargai perubahan latar yang saya cuba sampaikan dengan Davika. Cuma, mungkin kerana tema Davika sebenarnya lebih berat berbanding Uqasha — Davika melibatkan self-discovery kita sebagai manusia dalam hidup di dunia, manakala Uqasha lebih kepada kisah cinta semata-mata — pembaca sukar menerima hakikat dan pilihan yang saya timbulkan dalam Davika kerana bagi mereka, hanya cinta yang penting dalam hidup manusia. 

Buku-buku Maria boleh dibeli terus dari laman web Lejen atau di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.


Ahmad Jihadi B. Nasir

Setelah kembali berperang di Timur Tengah melawan kapitalis imperialis, bebaskan rantai ini, Ahmad Jihadi memohon untuk bekerja sebagai pomen di sebuah bengkel di Shah Alam. Beliau menulis di antara menukar oil filter.

One thought on “Erotomaria
Wawancara dengan Maria Isabella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *