Solitud itu Membingitkan
Wawancara dengan Nadia Khan

Saya memakai t-shirt Melayu dari Marikh. Ia terilham dari sebuah kumpulan cerpen saifai yang dijual dalam kuantiti yang agak mengecewakan. Saya membawa Myvvi (pinjam), dan meletakkannya berhampiran. Saya capai sebuah – tidak – dua buah buku untuk dibawa bersama sementara menunggu Ned.

Sampai di Ahmad & Co, sebuah kafe di Kota Damansara, saya memesan secawan Americano. Saya cari tempat duduk di luar, dan mula membaca. Saya syak, Ned sebagai seorang Melayu, juga sebagai penulis bestseller akan sampai lambat. Nasib baiklah, saya berfikir, saya ada menjanjikan mini burger padanya.

Mini-Burger? Dia bertanya dalam emel. Dia belum pernah menemui fenomena ini.

Mini burger adalah umpan. Agar naluri Melayu dan penulis terkenal dapat dinafikan dan diganti dengan kuriositi saeorang penulis.

Tenyata saya tak perlu risau. Ned, sampai awal, tepat waktu watak dalam buku yang saya baca sedang mula melaksanakan adegan erotik yang mungkin tidak halal sebelum matahari terbenam.

Nadia Khan ialah penulis Kelabu, Gantung, Gantung 2, dan dua koleksi cerita: Cerpen & Pakar. Dia juga penulis skrip, pernah mengarah teater dan sebuah sitcom online.


Umur saudari berapa waktu mula menulis? Waktu itu bahan bacaan bagaimana yang saudari baca dan buku apa paling mempengaruhi saudari hingga timbul desakan (apakah ia desakan? Atau keinginan biasa-biasa sahaja?) untuk menulis?

Cerita pertama yang saya tulis ketika umur saya 7 tahun. Saya tak begitu ingat ceritanya tapi ada unsur mistikal. Sekitar umur 7-13 tahun, ayah saya seorang penggiat teater dan pembikin sitkom yang aktif; saya dibawa menonton teater seawal umur 6 tahun. Dari situ, keinginan untuk menulis mula timbul. Ayah saya juga orang yang suka membaca, jadi perpustakaan mini di rumah kami agak extensive.

Koleksi saya sendiri bermula dengan pengaruh kawan-kawan yang membaca Fear Street oleh R. L. Stine tetapi saya mula bosan apabila mendapati yang twist dalam ceritanya terlalu predictable. Saya beralih kepada Christopher Pike yang saya rasakan lebih matang dan saya amat kagum dengan penceritaannya – mungkin dari dia saya belajar istilah “mindblown” (sebelum istilah itu sendiri wujud dan digunakan secara berleluasa).

Bagaimana saudari mendekati penulisan. Apakah ia bermula dengan satu idea yang kuat? Atau satu baris yang tak boleh dilupakan? Atau epifani seperti Paul di Damsyik, waktu di mana keseluruhan buku jatuh ke minda, menunggu untuk di taip sahaja?

Idea yang kuat, selalunya.

Epifani jarang tiba di titik permulaan; kadang-kadang ia muncul setelah berminggu-minggu bertarung dengan writer’s block.

Epifani jarang tiba di titik permulaan; kadang-kadang ia muncul setelah berminggu-minggu bertarung dengan writer’s block. Idea yang muncul selalunya akan diikuti oleh dialogue sequence yang kuat – my writings tend to be dialogue-heavy dan saya sukakan dialog yang sedap. Selagi tak sedap, saya akan terus bercakap seorang diri dalam kereta sebelum kata-kata itu ditaip menjadi sebahagian daripada cerita.

Siapa dalam minda saudari bila menulis? Maksud saya, siapa pembaca ideal saudari? Atau apakah tulisan saudari lebih kepada satu eksperimen? Atau satu cara menjawab persoalan?

I never write with a target audience in mind. Tapi saya suka menulis watak-watak yang kelabu – real people with flaws. Hakikatnya tiada siapa yang benar-benar mulia atau benar-benar jahat (cuma mungkin ada yang benar-benar bangang tapi topik ini kita tinggalkan untuk artikel yang berbeza). Mungkin kerana itu, pembaca mudah rasa rapat dengan watak-watak yang saya tulis.

Komersil itu kotor. Wang itu akan mencemar ketulusan tulisan. Sejauh mana saudari setuju dengan kenyataan ini? Jika, misalnya, diberi dua pilihan ketika sampai satu cabang dalam cerita, komersil, atau lebih organik pada cerita, yang mana satu akan saudari pilih?

Keras kenyataan tu. Oleh kerana saya ini lemah-lembut orangnya, saya pilih untuk tidak bersetuju sepenuhnya.

Jika diberi pilihan, sudah tentu saya akan memilih untuk lebih organik kepada cerita. Tetapi kerana saya berbintangkan Libra, saya amat mementingkan keseimbangan. Kalau kita menulis cerita untuk dibaca oleh khalayak, tak boleh la tulis cerita yang hanya kita seorang yang faham – what’s the point of publishing it, then? Simpan sajalah bawah bantal sendiri.

Sedikit-sebanyak, nilai komersil itu perlu ada. ‘Komersil’ yang saya maksudkan di sini ialah ‘mudah dihadam oleh sekelompok masyarakat’ tak kiralah kelompok yang mana sekalipun.

Apakah hakikat yang saudari seorang penulis bestseller mempengaruhi tulisan saudari? Maksud saya, apakah ada waktunya penulisan saudari pernah dipengaruhi oleh keinginan peminat?

Sama sekali tidak – mungkin kerana saya tidak pernah ambil serius tentang label ‘bestseller’. Sebagai pembaca, saya sendiri tidak pernah kisah tentang label itu jika hendak memilih buku sedap untuk dibaca. Kalau mahukan bukti, (belahlah dada, lihatlah hati) masih tiada lagi Kelabu: 2 sehingga ke hari ni walaupun ada permintaan kerana saya merasakan kisah Amir (bukan Muhammad, pemilik Fixi) sudah habis di situ.

Kekuatan cerita-cerita saudari adalah rentaknya yang mendorong pergerakkan plot. Bagaimana saudari menguasai kemahiran ini? Apakah ia sesuatu yang natural atau dilatih?

Saya rasa, natural. I’m a reader as well as a writer.

Jadi saya mudah meletakkan diri saya di tempat pembaca ketika saya menulis. Sebagai pembaca, saya tidak suka babak yang dileret-leretkan tanpa sebarang tujuan. Saya juga cukup alergik dengan penulis yang sekadar mahu menunjuk-nunjuk apa yang dia tahu tentang sesuatu sedangkan maklumat itu tak menyumbang apa-apa kepada cerita – it’s like he/she is feeding his/her own ego rather than telling a story. Jadi bila saya sendiri menulis, saya akan tulis apa yang penting untuk perkembangan watak dan cerita.

Walaupun tulisan saudari menjurus kepada penulisan arus perdana, masih ada elemen transgresif di dalamnya (Kelabu, misalnya yang menyentuh tabu orang tempatan). Bagaimana saudari mengahwini dua elemen ini untuk menghasilkan fiksyen yang masih boleh diterima oleh khalayak biasa?

Sekali lagi, elemen Libra saya memainkan peranan. Dan mungkin juga kerana saya ini biasa-biasa saja orangnya – saya tak pernah menganggap diri saya artsy atau eccentric.

Saudari sudah menulis tiga buah novel dan sejumlah cerita pendek dalam tempoh 5++ tahun. Pernahkah saudari membaca tulisan-tulisan lama, apakah yang saudari rumuskan dari penulisan Nadia Khan lama dan Nadia Khan sekarang? Apakah ada bahagian-bahagian cerita yang saudari masih suka, atau tidak suka, dan apakah yang saudari rasa masih relevan hingga sekarang?

Saya rasa terdapat perbezaan ketara antara buku pertama saya, Kelabu dan buku terkini saya, Gantung: 2. I’ve learned how to write more with less words. Dan ada sesetengah slanga yang saya gunakan di dalam Kelabu yang saya sendiri rasa mengganggu pembacaan dan saya tidak akan ulang lagi.

Apa cerita/novel saudari yang saudari paling suka? Dan paling tidak suka? Bolehkah saudari jelaskan mengapa?

Sebelum Gantung: 2, saya menggemari Gantung. It was the first book that I wrote as a published writer and it was designed to be crafty. Tapi dengan Gantung: 2 saya merasakan bahawa penulisan saya semakin matang.

Malangnya, tiada di antara cerita saya yang saya tidak suka – that’s like hating your own children and I don’t have it in me to be that kind of a mother.

Bagaimanakah proses atau disiplin penulisan saudari? Ada ritual dalam penulisan?

Saya amat mementingkan watak dan perwatakan. Jadi selalunya saya akan duduk ‘minum kopi’ (atau teh atau orange juice atau apa saja yang dia suka) dengan watak-watak yang tercipta daripada sesebuah idea atau premis untuk bina profil watak tu.

Kemudian saya akan test run dialog watak tu dengan watak lain – how would this person sound like and how does he react to certain things? Dan dari situ saya bina plot yang sekadar rangka; nothing is set in stone yet at this point because the story will be driven by the characters.

Apakah kritikan perlu dalam penulisan? Jika perlu, haruskah penulis menampilkan diri menjawab apa-apa persoalan atau ketidakpuasan hati para pengkritik?

Ya, kritikan memang perlu. Tetapi sepertimana seorang pengkritik bebas mengkritik, penulis juga bebas untuk peduli atau tidak peduli tentang kritikan tersebut. Bagi saya sendiri, apabila sesebuah cerita tu dah diterbitkan, ia milik pembaca dan bukan lagi tugas saya untuk menperjelaskan atau mempertahankan hasil kerja saya.

Ya, kritikan memang perlu. Tetapi sepertimana seorang pengkritik bebas mengkritik, penulis juga bebas untuk peduli atau tidak peduli tentang kritikan tersebut.

This isn’t like surgery where my work has affected your life so severely that you need me to rectify things. Orang boleh kritik; itu hak mereka kerana mereka dah habiskan masa, wang dan tenaga untuk membaca. Kalau saya rasa kritikan tersebut membina, saya guna. Kalau memusnah, saya tak endah.

Media sosial hari ini telah membunuh banyak penulis. Bagaimana saudari mengimbangkan desakan peminat yang mahu mengenali saudari dengan lebih dekat dan solitud yang penulis perlukan untuk menghasilkan karya mereka?

Saya sering rasa terhibur setiap kali orang menyalahkan media sosial untuk setiap perkara buruk yang berlaku dalam dunia. Media sosial ini sekadar medium; kita boleh pilih sama ada nak menggunakannya atau tidak. Kita juga boleh rancang bagaimana hendak menggunakannya – penulis sepatutnya antara golongan yang paling arif tentang hal ini.

Kalau seseorang penulis mudah tewas dengan media sosial sehingga mengganggu penulisannya, bererti dari awal dia memang insecure dengan kerjanya.

Saya sendiri sekadar menggunakan media sosial untuk tujuan promosi dan interaksi; bukan untuk meyakinkan diri saya sendiri atau sesiapa tentang hasil kerja saya. Oh, dan mungkin saya sedikit aneh kerana tak memerlukan solitud untuk menulis. Saya membesar dalam suasana yang riuh-rendah jadi saya dah terlalu biasa dengan keadaan bising.

Solitud lebih membingitkan (bagi saya).

Siapa penulis tempatan (kontemporari) yang saudari suka? Apakah yang buat karya mereka menarik bagi saudari, dan sejauh mana mereka mempengaruhi penulisan saudari?

Saya cenderung memilih penulis buku puisi untuk soalan ini kerana saya kagum dengan penulis yang boleh menulis bait-bait yang begitu ringkas tetapi impaknya begitu padu. Saya suka karya-karya Karl Agan dan Mimi Morticia. Saya juga suka cerpen-cerpen Mohd. Azmen dalam Wiski Pop – I would describe them as being very dreamy (not to be confused with dreamlike). Soal pengaruh… saya tak rasa kita patut dipengaruhi oleh sesiapa. Seribu orang boleh cuba beritahu saya yang Mad Max: Fury Road itu sedap filemnya… saya sendiri masih katakan tidak 😉


Sufian Abas

Perlukan seratus ekor arnab, urgent! Jangan tanya kenapa.

One thought on “Solitud itu Membingitkan
Wawancara dengan Nadia Khan

  1. Pingback: Erotomaria - Roman Buku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *