Aduhai Duyungku, Marni
oleh Fahmi Kashfi

Hujan belum reda dari tengah hari tadi. Selain bunyi rintik hujan, lagu-lagu Bruno Mars turut ke udara dari komputer riba Imran. Dia ke dapur membancuh kopi segera kerana itu yang paling mudah dan mendamaikan. Matanya tidak berkelip melihat skrin komputer. Perlahan-lahan ditiupnya kopi yang dibancuh sebentar tadi. Soalan peperiksaan akhir tahun untuk darjah satu belum siap di draf. Tarikh tempoh untuk dia menghantar draf hampir tamat. Markah LINUS masih belum di masukkan ke pangkalan data. Dunia seolah-olah terasa sempit. Imran memerlukan percutian. Sudah lama dia tidak bercuti menenangkan fikiran, merehatkan badan. Dalam kepalanya terbayang beberapa tempat peranginan.

Pantai yang bersih, pengunjung dari pelbagai negara, makanan-makanan yang menyelerakan dan pelbagai tarikan lain. Imran rasa dia sudah jumpa ubat kepada segala kekalutan dunia, Pantai Mutiara.

Petang itu juga dia mengemas pakaian dan beberapa alatan keperluan di masukkan ke dalam beg sandang. Tanpa berlengah dia keluar dari rumah sewanya menuju ke stesen kereta api terdekat. Berjalan kaki di dalam hujan bukanlah suatu keputusan yang bijak walaupun jarak stesen kereta api dengan rumah dekat sahaja. Tiba di sana, dia bergegas turun ke platform dan menaiki tren ke Kuala Lumpur Sentral. Tren agak padat kerana waktu itu orang mula pulang dari tempat kerja.

Imran tidak mempedulikan sekelilingnya. Dia menghantar pesanan kepada teman wanitanya bahawa dia akan ke Pulau Mutiara malam ini. Marni, teman wanitanya pantas membalas dia mahu mengikuti Imran. Imran tidak dapat menolak kemahuan teman wanitanya. Dia meminta Marni berada di Kuala Lumpur Sentral jam 9 malam. Tren kini tiba di Kuala Lumpur Sentral. Penumpang mula keluar dari tren menuju ke tingkat atas. Imran berasak-asak keluar dari tren sedang orang dari luar tren berpusu-pusu untuk masuk. Sempat dia memaki beberapa orang sebelum dapat keluar dari mini rusuhan itu.

Imran berjalan laju menuju ke kaunter untuk mengambil tiket. Dia terlebih dahulu membuat tempahan secara dalam talian sewaktu di dalam tren tadi. Kini perutnya pula merusuh. Di carinya restoran makanan segera yang terdekat. Sampai di sana, seketul burger dan air mineral menjadi pilihan.

Sambil menunggu Marni, Imran sempat mencari bilik untuk disewa dan beberapa tempat untuk dilawati. Tempat makan dan pantai sudah menjadi lokasi wajib pergi untuknya. Jam menghampiri 9 malam, kereta apinya akan berlepas jam 9.30 malam. Dia tercari-cari kelibat Marni. Telefon bimbitnya di belek. Aplikasi Facebook dibuka. Cuba membaca beberapa status dari kawan yang dikenali dan tidak dikenali. Butang carian ditekan. Nama Shima ditaip dan keluar beberapa hasil carian. Imran menekan hasil carian yang paling atas.

Dia merenung seketika gambar profil Shima. Entah bila dia akan menambah Shima ke lingkungan kawannya.

Dia merenung seketika gambar profil Shima. Entah bila dia akan menambah Shima ke lingkungan kawannya. Selama ini, dia hanya membuka profilnya tanpa menambahnya sebagai rakan. Tiba-tiba Imran disergah. Telefon bimbitnya terjatuh. Mujur hanya terjatuh di atas meja.

haa tengok awek mana tu? Sampai saya sampai pun tak perasan.”

Imran berlagak tenang. Dia lebih berdebar melihat Marni yang mengenakan kurung kedah dan rambut yang di tocangkan serta sedikit mekap di wajahnya. Siapa yang tak tertarik melihatnya. Tambah-tambah lagi bibirnya seulas yang kemerahan walaupun tanpa gincu. Orang gila pun boleh normal semula andai melihatnya.

Saya cari tempat makan yang sedap kat sana nanti. Awak kan suka makan.”

Marni duduk di kerusi berhadapan Imran. Mereka bertentang mata buat seketika sebelum Marni meminta maaf kerana mengejutkannya. Kedengaran suara wanita memanggil penumpang untuk turun ke platform pelepasan dari pembesar suara berdekatan. Mereka lantas bangun dan beriringan turun menggunakan tangga. Penumpang lain turut serta turun ke bawah. Koc mereka terletak berhampiran dengan kantin. Betul-betul bersebelahan.

Marni mengeluarkan bekal nasi lemak yang di buatnya petang tadi. Dia memesan kepada Imran kalau terjaga di tengah malam dan lapar, makan sahaja nasi lemaknya. Imran angguk tanda setuju. Kereta api bergerak laju meninggalkan ibu kota kekalutan, menuju pulau ketenangan.

Tiba seawal jam 5 pagi. Feri untuk ke Pulau Mutiara masih belum beroperasi. Mereka beratur di hadapan kaunter bersama beberapa lagi pelancong dari luar negara. Imran cuba menghilangkan kantuk dengan menggulung rokok tembakau. Dia sempat menghisap beberapa sedutan sebelum Marni mengambilnya dan membuang ke dalam bekas sampah. Kata Marni kalau sayangkannya, tinggalkan rokok tembakau atau sebaliknya. Imran hanya mengaru-garu kepala walaupun tidak berasa gatal.

Kaunter mula dibuka. Mereka bergerak ke dalam feri. Imran bersandar di kerusi sambil melelapkan mata seketika. Marni pula duduk di tepi ruang yang terbuka, asyik menghirup udara pagi dan lautan luas. Perbualan dua penumpang feri singgah ke telinga Marni. Kata mereka semalam ada orang melihat duyung di pesisir Pantai Batu Feringhi. Marni terpinga. Dia bertanya kepada penumpang tersebut adakah yang di dengarnya itu duyung atau dugong. Ya, duyung kata mereka. Marni mendapatkan Imran. Dia mengajaknya untuk terus ke Pantai Batu Feringhi. Imran hanya mengiakan sahaja walaupun dia masih mamai.

Feri telah berlabuh di jeti. Penumpang bergegas keluar menuju destinasi masing-masing. Mereka menyeberang jalan untuk mencari sarapan sebelum bergerak ke Batu Feringhi. Imran ada menanyakan pemilik kedai bagaimana mahu mendapatkan peta Pulau Mutiara. Katanya di hotel bersebelahan kedai ada memberi peta secara percuma. Marni pula sibuk bertanya bagaimana untuk ke Batu Feringhi. Kebetulan di sebelah meja mereka seorang pemandu bas sedang bersarapan.

Lima minit lagi naik bas yang saya bawak. Nak pekena teh tarik sat.”

Marni tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Malah membayar teh tarik pemandu bas tersebut. Dia teruja betul untuk bertemu ikan duyung. Sebelum ini dia hanya mendengar tentangnya melalui cerita dongeng sahaja. Kali ini dia berpeluang bertemu mata atau mungkin berjabat tangan dengan duyung tersebut.

Mereka kini di dalam bas menuju ke Batu Feringhi. Kiri kanan mereka hanya kesesakan sama seperti di Kuala Lumpur. Sampai di satu selekoh jalan yang berbukit, mereka mula nampak pesisir pantai memutih. Matahari baru merangkak keluar. Air laut yang biru di tambah dengan sinar matahari membuatkan Marni tidak sabar untuk berendam dan mencari duyung. Pemandu bas menghentikan mereka di sebuah pekan betul-betul berdekatan dengan pantai. Katanya di sana terdapat banyak bilik untuk di sewa. Mereka melalui sebuah lorong dan dari lorong tersebut kelihatan laut terbentang luas. Marni sedikit berlari. Imran cuba mengejarnya. Entah apa yang membuat dia teruja. Percutian ini sepatutnya untuknya. Kepalanya digeleng tapi bibirnya mengukir senyum.

Imran meletakkan begnya di atas katil. Marni lebih dahulu keluar menuju ke pantai. Mereka memilih sebuah rumah tumpangan yang mempunyai dorm untuk disewa. Dorm itu memuatkan lapan katil dua tingkat. Hanya tiga katil yang berpenghuni. Dia meletakkan kepalanya seketika dan mimpi membawanya jauh dari kekusutan semalam.

Dari tadi lagi Marni asyik berlari-lari di gigi pantai. Dia mengenakan kurung kedah berkain batik dan selendang biru di kepala, sebiru warna laut. Sedang asyik berlari, selendangnya diterbangkan bayu laut. Marni cuba mendapatkan semula selendang pemberian Imran. Tanpa di sedari, dia semakin jauh dari pantai. Selendangnya terus dilambung ombak. Kakinya sudah terjengkek-jengkek. Air laut sudah di paras dagu. Cemas mula menguasai. Tangannya terkapai-kapai cuba untuk timbul. Ternyata gagal. Marni menjerit meminta tolong. Waktu pagi begini tiada siapa yang berada di tepi pantai melainkan dirinya. Jeritan tidak bersahut. Kepala sudah hapus dari pandangan. Dia tenggelam dalam lautan biru bersama selendangnya.

Imran dikejutkan pemilik rumah tumpangan. Katanya ada duyung di pantai. Dia ke tandas membasuh mukanya sebelum bertanya kepada pemilik rumah tumpangan adakah yang di dengarnya itu duyung atau dugong. Duyung tegas pemilik berkaca mata. Dia bergegas turun pantai. Sebentar tadi dia mimpi bertemu seorang duyung menangis. Entah apa maksudnya.

Di sebalik kerumunan orang, dia dapat lihat sesuatu berwarna biru. Mungkinkah itu ekor duyung

Dari jauh kelihatan ramai orang berkumpul di satu sudut. Imran berlari mendapatkan mereka. Di sebalik kerumunan orang, dia dapat lihat sesuatu berwarna biru. Mungkinkah itu ekor duyung. Imran berundur ke belakang kerana orang terlalu ramai. Waktu tengah hari begini memang ramai yang datang untuk berjemur di pantai. Dia mencari kelibat Marni.

Tiba-tiba dia teringatkan ekor duyung tadi nampak seakan-akan selendang biru pemberiannya. Dia tekad menyelinap masuk. Ya, tak salah lagi selendang itu milik Marni. Matanya berair. Jeritan nama Marni bergema sekuatnya. Orang di sekeliling terpinga dan memandang ke arah Imran. Dia tak berdaya lagi menahan esak. Di hadapannya bukanlah seekor duyung tetapi sekujur tubuh kekasihnya, Marni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *