RM15 Semalam
oleh G. Zachary

Malam semakin larut, waktu mereka berhenti berjalan dan sampai di pintu hadapan banglo itu; kaki masing-masing mula terasa berdenyut-denyut.

Aunty memandang mereka atas bawah berulang kali. “Macam ni lah, kalau nak sewa satu bilik untuk malam ni, I caj RM15 saja, boleh?”

Gina dan Suzi saling berpandangan. RM15? Cukup murah. Gina mengangguk tanda setuju. “Ok, kami bayar sekarang. Terima kasih… ”

“Aunty.”

“Terima kasih, Aunty.”

Aunty mengangguk, kemudian mengalih rokok yang sedang dihisapnya dari tangan kanan ke tangan kiri, lalu mengambil wang dari Gina dengan tangan kanan. Wang kertas RM10 dan RM5 itu dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam coli, tempat yang paling selamat di antara payu daranya yang menggelebeh, yang tersarung tube top sendat biru tua. Aunty tersenyum, kelihatan barisan gigi yang kuning, di selang-seli hitam. Solekan mata yang berwarna garang dan maskara hitam pekat sedikit tersela di antara hidung dan bahagian bawah mata menambahkan lagi gerun pada wajahnya.

Tapi ingat, kalau tengah malam ada orang ketuk pintu bilik, jangan bukak.”

“Tapi ingat, kalau tengah malam ada orang ketuk pintu bilik, jangan bukak.Mari ikut I naik atas, nak tunjuk bilik,” suara Aunty garau mengajak. Dia mula menapak dengan gaya jalan ala seniwati Saadiah, lemah gemalai dan teratur menuju anak tangga usang banglo era kolonial itu. Persekitaran di luarnya nampak agak bersih, tetapi perabot, permaidani buatan Parsi dan meja kayu bulat besar yang dihiasi pasu antik Blue China di ruang tengah dalam banglo itu kesemuanya berdebu. Dinding pula penuh bersawang. Lampu sekitar ruang depan juga agak malap.

Suzi memandang Gina, teragak-agak untuk mengikut Aunty naik setelah mendengar pesanan aneh tadi. Gina mengabaikan riak cemas Suzi dan terus menarik tangan rakan karibnya untuk turut serta. Gina sudah terlalu penat setelah seharian berjalan dari stesen bas Georgetown mencari bilik. Persetankanlah semuanya.

* * *

Ini semua angkara Suzi yang begitu teruja hendak rendezvous dengan cinta hati terbarunya, seorang penulis British bernama Andrew Whitehall. Gina digunakan sebagai alibi untuk ekskursi ke Pulau Pinang ini demi mendapatkan persetujuan ibu bapa Suzi (dan vice versa bagi ibu bapa Gina). Agak sukar juga untuk mendapatkan pelepasan daripada orang tua masing-masing, memandangkan mereka baru sahaja tamat Tingkatan 5. Tetapi dengan penjelasan yang konsisten (melancong dalam negeri, bajet rendah, beri location report setiap masa) mereka berjaya melepasi rintangan pertama.

Rintangan kedua adalah wang. Pemberian daripada ibu bapa masing-masing hanya cukup-cukup untuk bilik, makan dan beriadah seadanya. Di atas sebab inilah mereka mengambil risiko mencari bilik sewa murah atau bed & breakfast. Oleh dek semangat kembara yang kental, mereka tidak menempah bilik sebelum meninggalkan Kuala Lumpur.

Don’t worry lah, Andy will help us out once he arrives from Kuching. Kita cuma bayar untuk satu malam sebelum flight dia sampai,” Suzi meyakinkan Gina.

Lagipun, takkan lah tak ada bilik langsung kat Penang? Kita cari saja, jalan kaki, tak payah naik bas atau teksi. Negara sendiri kot?” Suzi menekankan lagi hujah separa logiknya.

Andrew Whitehall merupakan rintangan ketiga. Mungkin bukan untuk Suzi, tetapi bagi Gina: macam mana harus dia berdepan dengan mamat Inggeris itu dalam situasi yang cukup janggal? Siang tak mengapa lagi, tetapi macam mana dia nak mengadap pasangan kekasih itu bila mereka bertiga berada di dalam sebuah bilik pada waktu malam? Cinta memang menyusahkan!

Pertemuan tidak diduga pasangan kekasih itu lima bulan lalu di Central Market telah membuahkan rasa cinta. Cuma Gina rasa jengkel sebab untuk orang putih, Andy rendah, hanya sekitar tinggi Micheal J Fox atau mendiang Prince. Bila di sebelah Suzi yang mempunyai ketinggian 5’7’, Andy tampak kerdil. “Betul lah kata orang, love is blind, dan sebab aku sayang kawanlah jugak aku turutkan ikut dia sampai ke sini,” fikir Gina, sambil perlahan-lahan dia dan Suzi menuruti langkah gemalai Aunty.

Bila mereka mendongak, kelihatan sebuah chandelier tergantung megah, tapi sayang sekali, chandelier itu pun diliputi habuk tebal. Bila sampai ke anak tangga teratas, kelihatan satu koridor panjang membahagi ruang bawah dengan ruang atas banglo tersebut. Ada lima buah pintu sepanjang koridor tersebut, tiga di sebelah kiri, dua lagi di sebelah kanan. Aunty berjalan menuju ke pintu tengah bahagian kiri dan memusing tombol.

“Ok, this is your room for tonight. Meh, jangan malu.”

Kedua gadis remaja itu terkesima melihat keadaan bilik yang ditunjuk Aunty. Ada sebuah katil kayu bersaiz queen di bahagian tepi bilik yang agak luas itu, meja solek dan almari antik, sebuah sofa dengan kusyen yang hampir tenggelam, sebuah jam di dinding dan sebuah sinki.

Dah kenapa pulak ada sinki tengah bilik ni?” Suzi bertanya sendiri sambil menggelengkan kepala tanda tidak puas hati. Dia menjeling tajam ke arah Gina yang juga sedang berdebat sendiri, “Crap. Well, this is what RM15 looks like. Tak apa, untuk malam ni je.”

Aunty tiba-tiba bersuara. “Tissue paper kat dinding sebelah katil tu untuk tutup lubang sebab tempat ni tak ada maintainence nak tampal. Tak payah keluaran. You girls biarkan saja.” Lagi sekali Suzi dan Gina berpandangan. “Toilet kat luar, pintu yang kat hujung sekali. Banglo lama, stail toilet di luar, pelik orang British dulu-dulu.”

Selepas Aunty meninggalkan mereka, Suzi mula bertekak dengan Gina.

Gina, please. We have to get out of here. Now!”

Kau gila? Dah dekat pukul 9 malam ni. Aku dah tak kuasa nak keluar berjalan cari tempat lain. Tidur, je la!”

Nak cakap apa kat parents kita?”

Nanti esok kita telefon dia orang cakap aje lah sebab terlalu penat tak sempat nak call malam ni. Kan berlambak public phone on the way here.”

I hate you Gina!”

Same here, Suzi!”

* * *

Ada banglo di hujung lorong itu

Jam dinding menunjukkan waktu hampir 3 pagi. Suis lampu mentol sebiji di siling bilik sengaja tidak ditutup sebab kedua mereka takut. Mata Gina masih segar terbuka kerana dia mengalami insomnia sejak dari kecil. Otak gadis itu terlalu ligat berfikir tentang segala isu yang kebanyakkan tiada kaitan dengan hidupnya. Malam ini, di dalam bilik yang membuat bulu romanya meremang, insomnia Gina berada pada tahap kritikal, ditambah pula dengan pundi kencing yang dipenuhi air yang sudah lama bertakung perlu dibuang segera. Kalau tidak, habis basah hancing katil lama tempat mereka terpaksa tidur sekarang.

Untuk keluar dari bilik dan berjalan ke toilet di hujung koridor rumah ini sudah cukup menakutkan Gina. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia hempap muka Suzi yang sedang berdengkur di sebelah dengan bantal usang dipenuhi ‘peta’ lama dan berbau hapak itu.

“Macam mana boleh lena pun aku tak tahu lah,” dengus Gina.

Pintu bilik mereka tiba-tiba diketuk. Perlahan.

Oi bukak lah, kenapa kunci pintu?” suara lelaki bertanya. “Wei, ada getahlah, bukak lah, wei,” disusuli suara lelaki lain.

Gina yang sedang berbaring terus bangun. Jantung berdebar kuat dan deras, tangan pantas menggerakkan bahu Suzi.

Suzi, get up get up get up, ada lelaki kat luar bilik. Please please bangun lah,” Gina berbisik supaya tidak didengar oleh lelaki-lelaki di depan pintu.

Apa ni? Lelaki mana pulak nak ketuk pintu bilik? Bodoh lah I nak tidur, kacau ahh..”

Ketukan makin kuat, mengganas. Terbeliak mata Suzi, terus dia bangun dan menggosok-gosok mata. Dia nampak kelibat Gina sedang membuka seluar jeans terus berlari ke tengah bilik, menuju ke sinki. Diangkat kaki kanannya, kaki kiri mengimbangkan badan dan Gina terus melepaskan air takungan dari perutnya yang memang tidak dapat ditahan lagi.

Oh crap. She just pissed into the sink. Mentalnya!”

WEI! BUKAK LAHH PINTU NI. KITA ORANG ADA GETAH LAH WEII!”

Selesai urusannya di sinki, Gina perlahan menghampiri Suzi yang masih di atas katil, lembut, takut tapak kakinya kedengaran. Kedua mereka hanya mampu duduk diam kerana otak mereka seakan tidak berfungsi untuk tindakan seterusnya. Mereka lihat beberapa kertas tisu putih di dinding bilik sudah jatuh, terkeluar dari lubang, ada sekitar lima atau enam lubang kecil yang ditutup sebelum ini.

Mereka lihat beberapa kertas tisu putih di dinding bilik sudah jatuh, terkeluar dari lubang, ada sekitar lima atau enam lubang kecil yang ditutup sebelum ini.

 

Oh God, Suzi, diaorang nak intai kita, apa jadah getah yang dia orang ada tu?” tanya Gina. Sebelum Suzi dapat menjawab, terdengar suara Aunty menjerit, “Oi, jangan kacau budak-budak tu, biarkan diaorang. Sinilah, kat bilik hujung ni. Cepatlah datang sini!” Suara Aunty memanggil lelaki-lelaki tadi ke hujung koridor.

Nasib baik Aunty ada,” Suzi menghembuskan nafas. Suasana sedikit lega seketika. Debaran jantung kedua remaja itu mula perlahan, berbanding semasa situasi ketuk pintu tadi. Mereka dengar bunyi tapak-tapak kasut berjalan menuju koridor, tetapi terhenti dan kemudian,

BANG! BANG! BANG!

Bunyi tembakan kuat memecah kesunyian. Beberapa pintu di koridor dibuka, jeritan beberapa wanita kedengaran. Gina dan Suzi berpelukan dalam kesuraman bilik mereka, hanya mendengar dan cuba membayangkan apa yang sedang berlaku di luar bilik. “We are going to die here tonight, Gina.” Suzi mula merengek macam anak kecil. “Shut up, Suzi. Nanti bila keadaan dah reda kita keluar dari sini, ok? Everything will be fine,” Gina memujuk, walaupun dia sendiri tidak pasti.

Beberapa sela kemudian, suasana menjadi sepi. Tiada sebarang bunyi kedengaran. Entah kuasa apa yang menarik Suzi untuk terus bangun dan pergi ke pintu. “Suzi, you gila ke? Aunty cakap jangan bukak pintu kalau ada orang ketuk lah!” Gina mendengus dalam bisikan.

Suzi tidak mengendahkannya lalu memusing tombol pintu kerana dirasakan keadaan sudah kembali tenang. Pintu bilik mereka terkuak luas tiba-tiba. Tendangan kuat daripada dua lelaki tadi berjaya melolos mereka ke dalam dan Suzi yang di depan pintu terhumban ke belakang lalu jatuh terlentang di atas lantai.

Kedua gadis itu tergamam, terus kaku melihat dua orang lelaki bengis mara ke arah mereka. Mereka jadi lebih terpinga bila melihat Aunty tiba-tiba berada di belakang lelaki-lelaki itu, sedikit terbongkok dan mengacukan sepucuk pistol yang terus dibidik ke arah mereka. Dua tembakan dilepaskan. Sasaran Aunty tepat menembusi kepala kedua lelaki itu; darah, isi, kulit dan sedikit cairan otak tersembur keluar dan suasana ketika itu bingit dengan jeritan Suzi dan Gina.

Shhh diam…” Aunty cuba menenangkan keadaan, sebelum dia sendiri tersungkur dan rebah di atas karpet Parsi berdebu bilik itu. Suzi dan Gina nampak darah merah pekat kehitaman keluar mengalir dari tubuh Aunty dan keadaan tiba-tiba menjadi sunyi semula.

Gina mendekati Aunty yang tidak lagi bernafas. Gina terus menarik Suzi yang sudah mula menangis. Sebelum tangisan Suzi menjadi raungan kuat, Gina pantas mengangkat beg mereka berdua dan menarik Suzi keluar dari bilik. “Jom, let’s get out of here, cepat Suzi!”

Mereka terpaksa melangkah beberapa mayat wanita yang bergelimpangan di koridor, bau hamis darah dan lampu-lampu malap di dinding koridor manambahkan lagi kesuraman banglo itu. Gina sudah nekad untuk pulang ke KL terus.

Mereka berdua bergegas meninggalkan banglo itu, masih trauma dengan apa yang telah berlaku. Kalau Aunty tak muncul tiba-tiba, entah apalah yang akan terjadi pada mereka. Suzi dan Gina menolak pagar untuk keluar dari kawasan rumah.

Eh Gina, perasan tak tadi tanglung merah yang tergantung kat pintu gate ni?” Soal Suzi. “Tak perlu sibuk pasal tanglung lah Suzi, jom, jom cepat. Macam dah nak cerah ni, kita buat report kat the first police station we see,” jawab Gina.

Baru lima minit mereka berjalan keluar, keduanya terjerit nyaring apabila ternampak Aunty tercegat di depan mereka.

Nak ke mana tu?” soal Aunty, sambil menghembus keluar asap rokoknya. Mata mereka berdua terjegil melihat Aunty yang mereka sangkakan sudah mati. Tanpa berkata apa, Gina memegang kemas tangan Suzi dan mereka berdua terus memecut pergi.

Aunty hanya melihat mereka berlari sayup ke jalan besar. Dia sebenarnya bersimpati dengan roh kedua gadis remaja itu yang masih tidak aman meski sudah dua puluh tahun dibunuh di banglo Sin-Kay berdekatan. Gina dan Suzi sudah beberapa kali mengulangi kejadian yang sama kerana masih tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sudah lama mati. Aunty hanya mengeluh kerana tayangan kisah ini bermula dan berakhir dengan cara samasahaja walaupun  setiap kali dia cuba memberikan amaran kepada mereka bila bertemu. Roh pelacur tua itu juga terperangkap bersama mereka, cuma dia menyedari hakikat ini dan hanya dia sahaja boleh membawa mereka keluar.

Sekejap lagi mereka baliklah tu,” Aunty mengeluh. Dia menghabiskan sedutan terakhir, membuang dan memijak puntung rokoknya, kemudian berjalan dengan lemah gemalai menuju banglo usang itu, yang kini terlindung dilitupi tumbuh-tumbuhan menjalar dan pokok-pokok besar.


2 thoughts on “RM15 Semalam
oleh G. Zachary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *