Ibadah Parkir
oleh Khairul Hafeez

Di dalam sesebuah sesuatu, ada ruang yang punyai sifat sesuatu dan mewakili sesebuah, manakala ada yang mempunyai sifat sesebuah secara penuh tetapi tidak mempunyai sesuatu.

Jika di kota, takrif sesebuah ini adalah sebuah kota yang pesat dan deras alirannya. Tinggal lagi, kepenggantungan kepada kenderaan sendiri berbanding kenderaan atau kenaikan awam yang kadang-kala menyumbang kepada kelewatan pengguna untuk ke sesuatu tempat. Jika mengambil contoh kotaraya-kotaraya yang pesat seperti Tokyo atau Paris atau London sendiri, kebergantungan kepada kenderaan awam adalah digalakkan dengan sistem transit yang bagus dan tepat pada masanya.

Tetapi tidak Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, pada yang saya kenal dan berkawan sejak dari 10 tahun yang lepas, mengajar saya erti kesabaran dalam menunggu kenderaan awam untuk tiba. Baru-baru ini saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke KLAB di PWTC. Pada awalnya, saya dan salah seorang sahabat ingin ke KTM Sungai Buloh menaiki bas, tetapi diikutkan kepada kelewatan kami untuk ke sana, kami hail sebuah Grab Car. RM6 untuk satu perjalanan yang pasti, dan setidaknya menjamin ketidakbaziran masa kami untuk menunggu bas di jalan besar beberapa blok dari rumah saya.

Buatkan saya terfikir, inilah sebabnya masih ramai memilih untuk memandu atau menunggang kenderaan sendiri untuk ke mana-mana. Jika bermotorsikal, ia lebih mudah untuk diparkir di sekitar kawasan yang kita ingin tuju atau lepak atau berurusan. Bagaimana pula dengan kereta? Atau Kangoo putih? Atau Iriz biru gelap? Atau AD Resort berwarna hijau?

Sesuatu boleh jadi di dalam sesebuah, tetapi sesebuah boleh jadi tidak ada di dalam sesuatu. Tetapi bagi ruang ini, ia adalah keduanya. Lot parkir kereta. Ini adalah antara sebuah ruang yang underrated tetapi dihargai oleh orang ramai, khususnya warga kereta, jika memasuki Kuala Lumpur pada waktu sesak. Dengan kepelbagaian lokasi (biasanya di kawasan tumpuan utama) kepelbagaian harga per entry, ia memberi satu ruang kosong di tengah kotaraya kehidupan yang berlainan jiwanya walau ia dekat dengan kita. Pelbagai ruang parkir yang saya cuba. Di Desa Sri Hartamas, Dang Wangi, Chow Kit, Jalan Raja Laut, Kampung Attap, di hadapan JKR KL, berdekatan Jalan Panggung, dan terbaharu, di Brickfields. Ruang parkir di Brickfields mengejutkan saya, oleh kerana jalan masuknya yang sempit dan menghala ke sebuah ruang parkir yang sangat luas. Juga, di Ipoh untuk satu temuduga kerja yang menakutkan saya, yang pada akhirnya apabila difikirkan, jika ditawarkan sekalipun, saya tidak akan terima tawaran kerja itu.

Ramai yang memilih untuk memarkir kereta mereka luar dari kawasan parkir ini atas sebab;

  1. Kadang kala harga per entry adalah seperti harga sepinggan nasi kandar Kudu bersama bandung ais special
  2. Lokasi parking yang agak jauh dari tempat yang dituju oleh kerana mobility parking lot adalah terhad.

  3. Adanya parking spot yang kosong dan free pada hari Sabtu belah petangnya dan Ahad pada seluruh harinya.

  4. Kebanyakan bangunan yang punyai basement menawarkan flat rate weekend yang jauh lebih murah.

  5. Grab dan Uber juga available, menjadikan mereka memarkir kereta di rumah sahaja.

Pun begitu, keberadaan kawasan parkir ini amatlah bermanfaat pada musim perayaan dan cuti sekolah. Kawasan ini adalah sebuah sesuatu yang berada di dalam sesebuah sesuatu di dalam sesebuah. Diikutkan, bangunan-bangunan juga dikira sebuah daerah yang terasing dari dunia luar dengan mengambilkira pembahagian ruang yang sangat jelas. Namun, pembahagian ruangnya yang bersifat private, semi private dan awam blended in bersama-sama dunia luar. Arsitektur sebegitu lembut, menjahit sosial dan bangunan bersama-sama. 

Arsitektur sebegitu lembut, menjahit sosial dan bangunan bersama-sama.

Tetapi untuk kawasan parkir, ia adalah sebuah ruang yang luas dan lapang, walau sekecil mana pun ruangnya. Terdapat barisan-barisan yang dibentuk oleh taukeh parking ini sendiri, menjadikan ia satu daerah yang terasing dan terputus dari dunia luar kotaraya, membentuk klasifikasi sebuah daerah. Hasil dari berkecimpung dalam budaya memarkir kereta di ruang ini, saya senang untuk melihat ia sebagai ruang ibadah kepada kereta-kereta yang disusun secara, samada;

a) Rawak jika ruang parkir itu adalah untuk orang luar dari kawasan yang hanya ingin berkunjung ke tempat tumpuan.

b) Regular, yakni pemarkir terdiri daripada golongan pekerja yang selalu memarkir kereta mereka di ruang parkir itu dan secara tidak langsung menetapkan kedudukan ruang parkir mereka sendiri mengikut keselesaan.

Jika difikirkan keberadaannya, kita dapat melihat kawasan ini hidup di kala kereta-kereta berbaris disusun, seperti berjemaah dan beribadah kepada tuhan mereka. Barisan-barisan yang punyai kelompok kereta yang banyak boleh jadi sebuah rumah ibadah yang besar dan berpopulasi tinggi, manakala barisan-barisan yang kecil adalah berpopulasi rendah. Mungkin tuhan T, atau tuhan H, atau tuhan P, mengikut kepercayaan masing-masing. Juga pada fikiran saya, mereka diparkir untuk beribadah kepada tuhan masing-masing sepertimana kita ke masjid atau ke kuil atau ke tokong malah gereja masing-masing untuk beribadah. Kereta, pada waktu ia dipandu, adalah seperti kita yang bekerja sebagai salah satu cara beribadah kepada Tuhan.

Kereta, pada waktu ia dipandu, adalah seperti kita yang bekerja sebagai salah satu cara beribadah kepada Tuhan.

Juga, kita juga memerlukan rumah ibadah untuk melepaskan lelah dan beban di hati seperti mana enjin kereta direhatkan penggunaannya di ruang ibadah mereka itu.

Analogi ini mungkin berbeza bagi yang lain, tetapi setidaknya keadaan parkir yang aman dan tenang ini menjana rasa selamat dan damai sewaktu beramalgasi bersamanya. Suka saya duduk di dalam kereta pada waktu pagi setelah selesai memarkir kereta. Sambil-sambil itu, membersihkan paip tembakau, atau mungkin menghabiskan buku-buku yang tidak dapat dibaca di pejabat. Tinggal lagi, jika membawa bekal leftover dari makan malam semalam, boleh dihabiskan. Tetapi, paling saya gemar ketika menunggu waktu pejabat bermula di dalam kereta ialah meneguk kopi panas buatan french press sendiri di waktu hujan sambil menghisap satu bowl Devil’s Holiday dan menghitung jumlah pada nombor-nombor di plet kereta yang lain, mungkin juga menulis sesuatu. Seperti sekarang.

Arsitektur sebegitu lembut, menjahit sosial dan bangunan bersama-sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *