Saya Dah Tengok Fury Road 172 kali!
Wawancara dengan Nazim Masnawi

Saya bertemu Nazim di sebuah kafe di pinggir Kuala Lumpur.  Saya pesan coffee of the day di establishment itu dan duduk di sofa sebelah dinding cermin untuk melihat kualiti cahaya di lorong berdekatan. Kopi saya masam, dan langsung tidak boleh diminum, atau mungkin ia berperisa mempelam muda.

Saya tak tahu dan saya tak bertanya.

Sedikit kopi tumpah, dan saya cuba sembunyikan percikan di lantai dengan meja portable di depan saya, namun usaha saya tidak berjaya kerana meja tersebut terlalu berat. Temujanji saya dengan Nazim adalah pada jam enam, dan waktu itu masih lima setengah. Lalu saya membuka buku oleh Mary Ellen Mark, membaca, dan menunggu.

Nazim tiba tepat jam enam. Terus memesan kopi to-go, dan kami keluar untuk mengambil gambar memandangkan cahaya pada waktu itu sangat cantik. Hari itu panas berterusan, dan kerja fotografi di situ disiapkan tak sampai pun lima minit. Seterusnya kami ke Strand untuk lokasi kedua, sepatutnya untuk mengambil gambar berlatarkan sebuah patung Hulk gergasi (Mengapa? Jawapannya ada di bawah) di pawagam dalam kompleks beli-belah itu.

Tapi ia sudah tiada. Saya tak tahu ia ke mana dan saya tak bertanya.  

Berbual dengan Nazim adalah sesuatu yang exhausting, tapi in a good way, kerana tiap kali berbual dengan dia, pasti sedikit sebanyak perspektif saya tentang filem dipersoal dan berubah. Tak banyak — saya masih rasa Shakespeare in Love filem terbaik di dunia, dan Mad Max: Fury Road an overrated excuse for circle jerking — tapi ada shift. 

Ketika menyusun wawancara ini, saya mendengar koleksi lagu Nirvana berulang-ulang kali.

Nazim Masnawi adalah seorang pengritik filem dan penulis. Pernah mengeluarkan dua buah buku dengan Studio Anai-anai: Peripeteia Tragedi Yunani dan Deus Ex Makian. 


Mad Max Fury Road sucks. Dan saudara hanya berpura menyukainya. Betul?

All right, this interview is over (ketawa).

Anyway, saya tak nak delve into mempertahankan betapa Fury Road tak suck. Malah, jauh sekali. Seperti yang anda tahu, saya champion filem tu sangat-sangat khususnya masa baru keluar dua tahun lepas. Dan saya tak keseorangan. Filem tu disukai ramai, bikin duit dan menang pelbagai anugerah. Saya merupakan sebahagian daripada kelompok yang lead the discussion dan set the tone. Saya bukan suara marginal di sini. Orang yang tak suka Fury Road yang begitu – kerana itulah saya tak simpan dendam dengan orang yang tak suka malah terbuka dengan kritikan mereka. Sebab saya faham situasi mereka. Saya bukan peminat Yasmin Ahmad dan Ingmar Bergman, jadi saya tahu perasaan menjadi si polan sunyi screaming at a brick wall.

As for saya cuma berpura-pura, saya dah tengok Fury Road sebanyak 172 kali sejak ia keluar. Kalau betul saya begitu komited untuk jadi fake, nak tak nak terpaksalah saya berbangga dengan diri sendiri (ketawa).

Apa yang membuat sesebuah filem itu bagus untuk saudara (mengambil kira yang ia sesuatu yang subjektif) bagaimana saudara boleh justify yang filem A misalnya, lebih bagus daripada filem B? Atau itu bukan pointnya?

Selama saya berdiskusi tentang filem, ini adalah antara soalan yang paling banyak saya dapat dan paling sukar untuk dijawab. Basically, saya hanya gunakan asas critical thinking lazim di luar sana dan kahwinkan mereka dengan falsafah-falsafah tertentu yang telah wujud dari zaman Aristotle lagi. Tak ada yang baru. Namun, saya mudah tertarik dengan benda yang weird, shabby tapi surprisingly smart. Weird, kerana begitulah saya melihat dunia ini. Shabby, kerana saya sendiri pun selekeh. Smart, well, saya rasa orang yang berfikir sikit akan mencari benda ni by default. Saya tak menonton filem untuk escape, saya menonton filem untuk faham diri sendiri dan dunia yang saya tinggal ni.

Mungkin di situlah wujud subjektiviti suatu wacana tu bagi seseorang. Again, saya tak nak delve into hal ini sangat sebab saya pun tengah tulis entri pasal bab ni di Neon Berapi (sebuah laman web yang ditaja oleh Roman -ed). Cuma saya kesal ramai orang guna subjektiviti seni untuk menjauhkan diri daripada satu sama lain. “Itu pendapat kau so aku tak pedulik,” seseorang akan berkata bila dengar orang lain suarakan pendapat. Walhal poin subjektif ni semua adalah untuk kita sedar pendapat orang lain pun valid juga, kalau tak lebih valid daripada kita. Konsep falsafah bukan untuk menggemukkan diri sendiri, tapi untuk mencari Hakikat dengan kapital K.

Tak susah nak beri justifikasi yang filem A, misal kata, lebih baik daripada filem B, though. Kalau semua filem sama, then Anak Mami Jarum Jr sama je bagus dengan Citizen Kane. Barangkali untuk filem-filem lain, spektrum mereka taklah jauh macam tu sekali. Dan di situlah pandangan sikap kritikal tu kena ada. Kalau filem yang baik cuma dihakimi dengan “tak rugi RM 15 beli tiket, bro” then mungkin kita patut habiskannya dengan beli chicken chop (Demaju, Damansara Perdana, terbaik – ed)

Lima filem kegemaran (tempatan dan luar negara) saudara dan kenapa saudara menggemari mereka?

Lima filem kegemaran luar negara – Amadeus (1984), Memento (2000), Star Trek II: The Wrath of Khan (1982), 2001: A Space Odyssey (1968) dan Rashomon (1950).

Lima filem kegemaran tempatan – Cucu Datuk Merah (1963), Kaki Bakar (1995), Cinta Kasih Sayang (1964), Madu Tiga (1965) dan Sikit Punya Gila (1982).

Sebabnya? Weird, shabby and surprisingly smart.

Filem tempatan. Ke mana arah tujunya?

For better or worse, saya kira filem tempatan sedang melalui zaman peralihan. Seperti yang kita tahu, sebahagian besar filem tempatan sekarang tak laku di pawagam. Meskipun kita gemar fansikan diri kita dengan mengatakan penonton sekarang dah bijak, sebenarnya ia lebih ke arah penipuan penerbit sekarang yang dah tak mampu disorok lagi. Even the lowest common denominator pun tak termakan. Benda tak laku ni bukan terlahir dari vakum, it took years untuk jadi dan banyak penerbit dah boleh ramal tapi mereka tak peduli.

They just want to take the money and run.

Sekarang industri filem tempatan dah crumble dan untuk sesebuah filem tu laku, ia kena jadi event film yang ada Wak Doyok (seorang instafamous -ed), merupakan sekuel lebih besar, dan menggabungkan pelbagai rempah yang membuatkan audiens rasa it’s an all-around thrill ride.

Kerana itulah Abang Long Fadil 2 yang sedang tayang di pawagam sekarang bakal jadi filem tempatan paling laku tor at least will be in the top three. Yang laku betul-betul laku, yang tak laku stok bikin bankrap bisnes. Lebih kurang sama macam Hollywood  sekarang. Too bad untuk filem kecil yang berhati besar, there’s no market whatsoever for the time being; mungkin selepas zaman peralihan ni–

Ugh, dahlah. Aku benci borak pasal kutipan when it comes to movies tapi orang industri filem tempatan suka gebang pasal benda ni. Selain tu, dicop mereka cakap kosong.

Sebagai seorang kritik filem, bagaimana saudara dapat memisahkan keseronokan sesebuah filem itu dengan unsur-unsur intelek yang membuat kan ia bagus? Apakah sesebuah filem itu perlu menyeronokkan (atau menghiburkan) untuk dikatakan bagus?

Bagi saya filem intelek itulah yang menyeronokkan. (ketawa)

Begini: Kebanyakan kritikan saya berkiblatkan tiga pengulas ni: Pauline Kael, Film Crit Hulk dan Dr. Norman Yusoff. Apa persamaan mereka bertiga ni? Mereka mengangkat filem genre sebagai wacana seni sebenar. By filem genre, maksud saya filem yang downright comedy, action ataupun horror. Mereka tak merasakan filem intelek perlu menjadi drama Nordic hitam putih yang berdurasi tiga jam; ia boleh je cerita pasal adiwira nerda yang syok dengan awek kat sekolah dia semata-mata. Yang pasti setiap genre ada falsafah, resmi dan perlaksanaannya yang tersendiri. Seperti yang kita tahu, wacana yang bagus bukan setakat mengikut tapi yang memecah tradisi.

Filem-filem Marvel sebagai contoh. Memanglah ia berarus perdana, masif dan blockbuster tapi ia ada nilai-nilai tertentu – yang memecah tradisi (atau berbalik pada tradisi, depends on your point of view) – sampai Universiti Baltimore ada jurusan Marvel Cinematic Universe. Saya tak kata apa yang masuk universiti semua bagus tapi ada ilmuan di luar sana merasakan filem-filem Marvel ada intipatinya sampai pengeluaran dan impaknya wajar dikaji. So that means something, right? Saya tahu filem-filem Marvel bukanlah Citizen Kane, tapi ia taklah ketinggalan jauh sangat apatah lagi filem Citizen Kane itu sendiri pun cukup-cukup menghiburkan.

Saudara dikenal sebagai seorang yang tidak menyukai nostalgia.Tapi (arguably) filem adalah satu cabang seni yang paling berkecenderungan memerangkap kita dengan nostalgia melalui engagementnya terhadap kesemua deria kita. Lalu, bolehkah kita memisahkannya dari tontonan kita, atau apakah sebenarnya ia unsur yang perlu dalam kita menilai atau menyukai sesebuah filem itu.

Menarik tanggapan tu, tapi saya rasa nostalgia ni selalunya berkait rapat dengan memori – yakni bila kita palit memori dengan benda-benda indah dan ignorance kita pada masa lalu. Saya rasa kalau kita engage kesemua deria kita dengan betul, kita lebih live in the now. Dan bila kita live in the now, barulah kita boleh articulate suatu wacana tu as it is; bukan kerana masa kecik kita tengok Power Rangers lepas balik mengaji, hence Power Rangers sudah tentu best by default.

Sebenarnya bukan filem sahaja, penghayatan wacana seni lain pun banyak dipalit nostalgia. Orang yang kuat bernostalgia akan kekal bernostalgia tak kisahlah pasal apa pun. Sebab ia mendatangkan keselesaan dalam kepahitan alam dewasa kita lalui seorang. So yeah, ada sesetengah penonton memang tidak mahu cabar diri sendiri. Dan itu tanggungjawab individulah. Pauline Kael kalau hidup balik pun tak boleh nak ubah pandangan mereka ni.

Gentle cakap, tak ada salahnya di situ apatah lagi kalau anda penonton kasual – penonton yang tengok filem untuk “kasi relaks otak.” Just don’t fucking talk to me. Orang begini suara mereka kedengaran di mana-mana, jadi saya tak perlu menambahkan lagi platform untuk mereka meraikan kebebalan.

Potret seorang pengkritik sebagai Batman

Saudara jarang bercakap tentang televisyen. Apakah kerana saudara jarang menonton TV atau saudara menganggapnya sebagai sebuah seni yang lebih rendah dan tak perlu diendah sangat?

Saya suka televisyen sebenarnya dan saya percaya we’re living in the golden age of television these days, apatah lagi master-master macam Scorsese, Fincher, Luhrman dah alih perhatian mereka ke TV. Kita hidup dalam dunia paradoks sekarang: Dulu orang tengok filem untuk something yang lebih deep dan TV untuk escape, tapi sekarang orang tengok filem untuk escape dan TV untuk something lebih deep. Benda ni berlaku bukan sebab berkaitan konten semata, tapi pengalaman melayani ia sendiri.

Saya selalu kaitkan tengok filem ni macam ibadah – ada disiplin dia and all. Pengalaman tengok filem di panggung sekarang dah macam pengalaman kita ke surau dan masjid these days; terganggu dengan faktor luar yang tak ada kaitan dengan ibadat kita langsung. So akhirnya orang lagi suka duduk rumah dan ini secara tidak langsung membuatkan konten-konten TV thrive. Dah sudah tentu, streaming service macam Netflix.

Most of the time saya tak tahu mana nak start dan mana nak stop. Dua siri yang saya tonton baru-baru ni ialah The Get Down dan Documentary Now! which is tahun lepas punya stuff. So rasanya most of the time saya tak layak untuk berbicara tentang TV secara terbuka. Saya bukan twitfemes yang perlu menyuarakan pendapat saya tentang semua hal.

Sebagai pengkritik, saudara boleh membunuh pembikin filem (semangat pembikin, dan filem itu sendiri), dan saudara amat vokal dalam mengkritik. Apakah seorang pengkritik harus bersifat seperti saudara, mengambil kira yang tidak ada siapa boleh memisahkan karya dengan diri, apakah perlu untuk kita begitu vokal, sedangkan ia hanyalah satu ilusi yang dibikin untuk menghibur? Atau saudara kira filem mempunyai fungsi kemanusiaan yang lebih besar?

Well, the thing is saya memang vokal dalam semua perkara. (Ketawa)

It’s just who I am dan saya salahkan darah India dalam diri saya dan berayahkan pelukis yang membiarkan anaknya bersuara tentang apa sahaja even dari kecil. Tidak dinafikan, saya datang daripada keluarga privilege – membesar membaca komik orang putih, tengok wayang pada hujung minggu dan dengar Grateful Dead tak pernah terkekang. Jadi bercakap mengenai seni tanpa segan silu sudah menjadi sebahagian daripada sahsiah diri.

Saya tak pernah nak strive untuk menjadi vokal, cuma saya tak suka retorik. Dan kita hidup di era di mana orang kelirukan cakap berlapik dengan retorik all the time; terutamanya ahli politik. Tapi ahli politik terkenal dengan kotornya, saya cuma tak nak kekotoran tu terpalit pada kesenian juga khususnya dalam cabang paling saya minat iaitu filem. Saya tak nak istilah-istilah universiti mengelabui audiens daripada Hakikat.

Banyak pengkarya tak suka kritikan sebab bagi mereka dunia ni berputar sekitar mereka; no, it’s about memanjangkan lagi komunikasi ummah. In the grand scale of things, kita sebagai pengkarya dan pengkritik mean nothing sebab ada perkara yang lebih besar di antara dan di sekeliling kita. Malangnya, ada rakan pengkritik yang tak suka bab-bab disiplin dan falsafah when it comes to films. Ada seorang pernah cakap, “Bukan bawa masuk kubur pun so what the hell?” Tapi suka saya meminjam kata-kata Ridhwan Saidi yang balas, “Well, mana dia tahu?

Tapi saya faham kita sebagai rakyat yang masih mentah perlu diberi banyak pendedahan lagi. I can’t just go in there gun-blazing dan berborak pasal mis-en-scene sebagai contoh. Kerana itulah saya dah jarang mengulas sesebuah filem di platform yang betul (hanya di Twitter dan Facebook), tapi sebalikya berkhutbah pasal macam mana nak menonton filem dan mendisiplinkan diri kita sebagai penonton filem.

Malangnya, ada rakan pengkritik yang tak suka bab-bab disiplin dan falsafah when it comes to films. Ada seorang pernah cakap, “Bukan bawa masuk kubur pun so what the hell?” Tapi suka saya meminjam kata-kata Ridhwan Saidi yang balas, “Well, mana dia tahu?”

Di zaman pasca pasca moden ini, kita boleh bercakap baik tentang kesemua filem, dan bercakap buruk tentang kesemua filem. Foucault pernah berkata yang beliau bosan dengan kritik yang menghukum, dan membayangkan kritikan yang boleh mencetus ribut positif yang boleh menyemarakkan semangat dan naluri (pembikin dan penonton), meski kritikan itu merupakan satu ciptaan pengkritik. Setuju? Tidak? Kenapa?

Tidak dinafikan, golongan paling palat dalam dunia seni ialah penkritik sendiri. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana hendak membuat analisis untuk membentuk judgment. Nitpick dikelirukan dengan being detailed, kecoh pasal plothole dikelirukan dengan pemahaman cerita dan filem genre dikelirukan dengan filem kosong. Sikap dan kejahilan ini yang membuatkan khalayak semakin lama semakin devalue dan disenfranchise diskusi serius dan kritikan kerana ia bukan berkenaan perkembangan falsafah lagi.

Contrary to popular belief, kritikan sebenarnya bukan setakat memberi pandangan subjektif atau bertempik bahawa tak ada orang yang betul dan tak ada orang yang salah bila bercakap tentang seni. Kalau betul, buat apa beribu-ribu tahun umat manusia membuang masa bercakap mengenainya? Kalau kritikan seni hanya untuk menyatakan dia lagi prefer karipap daging daripada ayam then elok kita buat benda yang lebih produktif dalam hidup ni dan tak payah risau pasal sesuatu yang hakikatnya tak ada makna dan consequence.

Siri Wawancara Roman adalah usaha untuk mendokumentasi fikiran dan falsafah penggiat-panggiat seni Malaysia. Sudah masanya, kan? Sila hubungi kami jika ingin membantu secara kewangan atau tenaga, atau dengan sorakan dari tempat duduk empuk anda. SWR akan dikemaskini setiap Isnin, jika tiada aral melintang.


 

Sufian Abas

Perlukan seratus ekor arnab, urgent! Jangan tanya kenapa.

2 thoughts on “Saya Dah Tengok Fury Road 172 kali!
Wawancara dengan Nazim Masnawi

  1. Izham Basri says:

    lps ulang tgk, babak paling mendakap jiwa tetap dapat kat Coma – The Doof Warrior. dia la sebenarnya ketua geng jahat bkn si Immortan Joe tu.

    buleh ka depa pi perang tanpa Coma petik gitar api dia? jawapan dia, tak buleh! sampai tahap mcm tu skali hebat mamat buta ni tau dak. betapa tinggi peranan dia utk menyatu lantas memberahikan para War Boys utk berjuang. dlm saat2 getir pun dia tetap terus petik gitar dia tu. best!

    salute pd pengarah George Miller yg mengangkat watak Coma – The Doof Warrior ni..

  2. Lady Lala says:

    Filem paling deep adalah mami jarum. Kisah menghidupkan pepatah ‘Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan muka tak nampak’. Eh betul ke tak pepatah ni. Eh. Mamposlah. Hidup Razak Mohaideen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *