Cerita Dunia Buku
11-16 September

Cerita minggu ini ditaja oleh kopi Esenso dan keju atas toast kemudian digrill dalam ketuhar. 

Masih ingat Susan Sontag? Suatu ketika dahulu inilah suara yang sangat dipuja intelek-intelek barat. Tapi sejak kematiannya, beliau semakin menjadi relik yang dipetik hanya sebagai hiburan atau untuk bercerita tentang skandal beliau sahaja. Ini interviu dengan Susan Sontag di Boston Review.

Gempar! Khabarnya kerana artikel anonymous di Neon Berapi ini, Thukul Chetak telah memberi amaran (melalui laman facebook mereka) bahawa tindakan undang-undang akan dilaksanakan. Netizen seperti biasa masuk campur di ruangan komen dengan pelbagai kutukan, kritikan, saranan dan sebagainya. Apakah Neon akan mengeras dan melawan?

Senarai panjang National Book Award telah di keluarkan. Senarai fiksyen agak suram (George Saunders tak tercalon?) tapi senarai bukan fiksyen nampak sedikit menarik. Antaranya buku tentang kelahiran FBI oleh David Grann, sebuah polemik tentang Trump oleh Naomi Klein, dan sebuah cerita tentang fake news.

Hakim Booker Prize (yawn) Colin Thubron in a slow news day mengadu tentang blurb buku yang didakwa mengugut pembaca untuk mengkagumi buku. Ini satu lagi perspektif oleh The Million tentang to blurb or not to blurb. Penatnya menjadi penulis selebriti, kan, babe?

Sabtu lepas acara KL Lepark yang dianjurkan oleh CEO Roman (dan beberapa orang lain) telah diadakan. Jualan buku kami biasa-biasa sahaja menandakan suasana scene buku yang biasa-biasa saja kot?

Pada mereka yang suka kepada sastera dalam terjemahan (Inggeris), singgahlah ke Three Percent, yang seperti Literary Journal bercerita day in dan day out tentang… tentang apa, ya?

Seperti biasa, belilah buku kami di kedai buku Roman, dan langgani risalah kami yang keluar dua minggu sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *