Sastera Liar Sastera Jinak
Bad Boy Bad Boy

Butik Ustajah
Pertama kali aku mencuri buku adalah dalam sebuah fiksyen yang berjudul Samuel Menjadi Bad Boy Sastera.┬áKejadian berlaku di sebuah kedai buku di Ampang Park. Buku yang menjadi mangsa ialah Retromania oleh Simon Reynolds. Tidak ada sebab yang kuat untuk aku mencuri buku itu. Aku mempunyai cukup wang untuk membelinya (dari pekerjaan sambilan di McDonald’s), dan ia bukan buku yang menarik bagiku. Malah waktu itu, aku belum lagi digigit keghairahan membaca. Yang aku dapat simpulkan

Ia bukanlah kerja yang susah. Kedai itu tidak mempunyai sistem penggera, dan pembantu jualan semuanya plebs yang bekerja syif demi sesuap wang untuk merempit di hujung minggu. Hungover dan khayal dengan game di telefon, mereka langsung tak nampak (atau mungkin tak peduli) bila aku dengan kasual memasukkan buku berwarna kuning setebal 450 mukasurat itu ke dalam beg kertas Butik Ustazah, dan melangkah keluar dengan chill.

Cerpen yang tak lama kemudian aku padam itu membuatkan aku berfikir tentang satu tesis penting dalam memasarkan sastera: fenomena bad boy dalam sastera dan kebarangkalian mereka mencuri buku sewaktu masih muda* vis-a-vis esei-esei Roberto Bolano dan Neil Gaiman.

Neil Gaiman, meski dengan imej kaca mata hitam dan leather jacket, membesar dengan sastera di perpustakaan. Beliau dikenali dengan Sandman dan variant watak-watak yang power gila tapi bersopan. Roberto Bolano, yang menyerupai seorang penagih dadah dengan rokok tak lekang di bibir sering berhumblebrag tentang buku itu dan buku ini yang dia curi dari kedai-kedai di Amerika Latin dan Eropah. Kalau kau ke rumah Neil Gaiman, ada kemungkinan dia akan menjemput kau masuk for a spot of tea dan scone, tapi kalau kau tersinggah ke rumah Bolano, ada kemungkinan kau akan diludah dan dibelasah sebelum diajak menyertai orgy dengan lelaki, wanita dan haiwan-haiwan ternakan.

Tapi hakikatnya kedua-dua mereka adalah aku dan kau, cuma lebih terkenal dan lebih pandai menulis. Imej mereka adalah ciptaan publisis yang pintar dan mungkin membenih dari keinginan mereka sendiri untuk mengatur persepsi dunia terhadap watak dan tulisan mereka.

Setelah selesai menulis ayat di atas, aku dapat rasa yang tesis aku ini sangat banal, langsung tidak penting, dan tak membawa sesuatu yang baru dalam kesusasteraan. Tapi ia sudah cukup 300 perkataan seperti yang dicadangkan oleh perisian analisa laman web ini, lalu wajarlah ia dihentikan di sini sahaja.

 

Sufian Abas

Perlukan seratus ekor arnab, urgent! Jangan tanya kenapa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *