Cerita Dunia Buku
4-10 september

Ian Buruma telah dilantik menjadi editor baru New York Review of Book. Beliau menggantikan Robert Silvers yang meninggal Mac lalu. Bagaimanakah rupanya rejim beliau nanti? Baca temubual ringkas dengan Ian Buruma di The New York Times.

The Literary Saloon telah mencapai milestone ulasan 4000 buah buku. Bagi mereka yang tak tahu, The Literary Saloon adalah antara laman web paling awal mengangkat sastera dalam terjemahan. Ia bermula pada 11 Ogos 2002, dan hingga kini masih aktif dan grumpy. Ia merupakan antara sumber terbaik untuk mereka yang gemar membaca sastera yang bukan ditulis oleh bekas tuan kolonial kita.

Peminat Yuri Herrera, ada berita baik untuk kalian dua orang! Buku terbaru Yuri, Kingdom Cons baru sahaja dirilis.dengan terjemahan oleh Lisa Dillman. Three Percent ada membuat ulasan tentang buku itu.

Dengar cerita ada sesuatu berlaku pada persatuan penulis Malaysia. Lantaklah korang. Sampai sekarang kitaorang tak tahu apa pekdahnya kewujudan korang.

#RIP Len Wein. Beliau adalah pencipta X-Men (baru) yang dianggotai oleh sebuah pasukan multicultural. Beliau paling terkenal kerana mencipta watak Wolverine. Obit beliau boleh dibaca di sini, danĀ sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *